Jangan berulang

Sebab hari Khamis adalah hari "Throwback Thursday"..jadi marilah kita recap memori tentang kejadian May 2021.

Kita kena beraya tanpa balik kampung kan masa tu.  Kesian.

Ammi pun tak ingat masa tu PKP ke PKPP, apa je PK ntahlah.  Yang pasti tidak boleh merentas negeri.


Hanya bervideo call je dengan arwah mama.

26 Julai 2021 mama pergi tinggalkan kami akibat covid durjana.  Kali terakhir jumpa mama bulan April 2021 itu pun sebab ammi merentas tanpa kebenaran.  Merentas sorang-sorang naik komuter sebab rindu nak jumpa mama, kebetulan alamat dalam IC ammi alamat Seremban.  

Kalaulah tau peristiwa Julai 2021 ni bakal berlaku mungkin lebih kerap ammi merentas tanpa kebenaran.  Tapi itulah ... serba salah bila nak buat sesuatu yang tak sepatutnya dibuat.

Semoga kita semua tidak perlu lagi terperangkap dalam rumah sendiri.

****************************************

Ya Allah, hantarkanlah askar-askarMu membantu saudara kita yang dizalimi di Palestine.

Post a Comment

15 Comments

  1. salam takziah...moga arwah ur mom tenang di sana

    ReplyDelete
  2. kannn......memori sgt
    aamiin..to the doa

    ReplyDelete
  3. Al- Fatihah buat mama...klu boleh x nak la tersekat macam dulu...

    ReplyDelete
  4. Kenangan sungguh tahun tu. Tahun beraya tanpa mak & ayah walaupun duduk dekat2 je masa tu. Ayah saudara pulak siap tutup pintu tak kasi anak datang beraya (masa tu sepupu apply permit merentas daerah dgn alasan ayah duduk sorang2). Semoga tak berulang kembali raya berasingan dengan keluarga..

    ReplyDelete
  5. Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan

    ReplyDelete
  6. Sejarah hitam zaman Covid😢

    ReplyDelete
  7. betul tu masa PKP ketat dulu stress sbb tak boleh rentas daerah

    ReplyDelete
  8. kenangan pkp.. sedih sebak stress semua ada.. nak balik kg terasa seperti penjenayah. nak keluar rumah nk siram pokok pun terasa dah jadi penjenayah.. huhuhu.. polis duduk depan rumah..

    ReplyDelete
  9. 2021.. banyak peristiwa yang nak dilupakan. tak sanggup nak ingat semula.. huu huu

    ReplyDelete
  10. Allahu.. pasti tidak akan dilupakan peristiwa begini 😪😪

    ReplyDelete
  11. Kita sama, kehilangan mama Krn COVID 😔. Saya pun berharap cukuplah pandemi kemarin pengalaman trakhir yaa. Macam nightmare tiap hari hrs mendapat wa yg mengabarkan si A meninggal, si B meninggal, semua Krn COVID 😔

    ReplyDelete
  12. aamin..sedih kan masa pkp tu




    ReplyDelete
  13. Tahun 2021 memang ngeri. Semoga tidak berulang lagi. Alfatihah untuk arwah mama ammi.

    ReplyDelete