Kembali

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran lepas entah bila last ammi buat posting.  

Semalam sampai rumah selepas waktu maghrib.  Hujan lebat di office waktu nak balik tu jadi lambatlah dapat grab nak ke MRT station.  

Sampai rumah tengok hambik bersusun buku Ozil atas meja.  


Waktu abah gerak dari rumah hari tak hujan pun.  Abah pun macam biasa naik motor je.  Dah sampai sekolah anak dah naik motor ehhhhh hujan pulak tetiba.  Jenis yang terus lebat tu.  Bertabahlah.

Bila lagi nak rasa main dalam hujan kan?

Yang si anak bulu oren ni pulak nampak je muka ammi dia ni mengeow tak sudah-sudah.  Nampak je muka ammi dia ingat nak maaaaaakannnnn je.  Kibbles tu dia makan waktu ammi tak ada je.  Ammi selalu je check kat camera food dispenser dia.  Masa ammi tak ada beriya lepas dia, dia, lepas dia, dia lagi yang makan.  Nampak je muka ammi auto lupa apa itu kibbles.  Kamu ingat abah kamu tokey kilang wetfood ke Apil?

Malam tadi sebelum tidur ammi susunlah buku-buku ni atas lantai dalam bilik Ozil.  Kalau biar kat luar ni silap haribulan bangun pagi habis bercarik-carik buku ni dikerjakan 4 ekor anak bulus ni.

Post a Comment

8 Comments

  1. wetfood memang lah lg sedap dari kibbles kan! heheh cuma lg pricey laaa

    ReplyDelete
  2. Adoi, kesiannya habis basah buku Ozil. Apil nak bermanja dgn Ammi agaknya tu. Bila lagi kan hihi...

    ReplyDelete
  3. alahai hais basah buku2 Ozil....harap dah kering la ye...

    ReplyDelete
  4. ngade-ndae eh nak wetfood je hamboiiii biaseee ni hehe

    ReplyDelete
  5. Cian buku Ozil basah. Risau kembang tulisannya.

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha jadi kalo lihat muka kakak dia langsung minta wetfood yaa 😄. Pandai anak bulu 🤭😁.

    ReplyDelete