Minggu lepas ammi berdua je dengan Kyra kat rumah jadi kitorang pun mintak izin Abah nak panjangkan langkah.  Bilangan steps harian perlu capai target.  Kalau duduk terperuk dalam rumah nanti tak hit target.  Ahakss.

Ammi masuk ke Watson sebab nak cari few stuffs.

Dah selesai cari di bahagian yang ammi nak, ammi gerak ke bahagian lelaki.  Nak mencari deodoran untuk si bujang ni.  Dah membujang ni confirm-confirmlah jap lagi tiak hangit, hashem, hachin semuakan.  Nak cari pencuci muka juga untuk dia.

Sekali tu ammi nampak macam lipstick.  Ammi siap tengok eh betul ke kat tempat lelaki ni.  Biasanya kat lipstick, foundation semua kat belah-belah tepi drugstore.


Betullah.  Ammi memang tak salah bahagian. Memang bahagian lelaki dan kat bahagian lelaki ni pun ada barang mekap.  Alahaiiiii.

Anak-anak lelaki ammi Khilfi dan Khalif, korang janganlah terjebak pakai foundation, blusher, concealer bagai ni.  Ammi pijak-pijak korang nanti.  Ehhhh ammi pijak tak power, biar abah je pijak baru korang rasa apa tu erti berat 90kg.

Lelaki sejati tak perlu mekap-mekap pun dah handsome.  Segak, gagah dan natural itu lebih indah dimata wanita.  Wanita seperti ammilah.  Mungkin ada je wanita yang suka lelaki berbedak compact bagai.  Urghhhh.