Lelaki pun mekap

Minggu lepas ammi berdua je dengan Kyra kat rumah jadi kitorang pun mintak izin Abah nak panjangkan langkah.  Bilangan steps harian perlu capai target.  Kalau duduk terperuk dalam rumah nanti tak hit target.  Ahakss.

Ammi masuk ke Watson sebab nak cari few stuffs.

Dah selesai cari di bahagian yang ammi nak, ammi gerak ke bahagian lelaki.  Nak mencari deodoran untuk si bujang ni.  Dah membujang ni confirm-confirmlah jap lagi tiak hangit, hashem, hachin semuakan.  Nak cari pencuci muka juga untuk dia.

Sekali tu ammi nampak macam lipstick.  Ammi siap tengok eh betul ke kat tempat lelaki ni.  Biasanya kat lipstick, foundation semua kat belah-belah tepi drugstore.


Betullah.  Ammi memang tak salah bahagian. Memang bahagian lelaki dan kat bahagian lelaki ni pun ada barang mekap.  Alahaiiiii.

Anak-anak lelaki ammi Khilfi dan Khalif, korang janganlah terjebak pakai foundation, blusher, concealer bagai ni.  Ammi pijak-pijak korang nanti.  Ehhhh ammi pijak tak power, biar abah je pijak baru korang rasa apa tu erti berat 90kg.

Lelaki sejati tak perlu mekap-mekap pun dah handsome.  Segak, gagah dan natural itu lebih indah dimata wanita.  Wanita seperti ammilah.  Mungkin ada je wanita yang suka lelaki berbedak compact bagai.  Urghhhh.

Post a Comment

10 Comments

  1. kira lelaki apa ntah termnya metroseksual ker apa ntah, yg mementingkan facial etc

    ReplyDelete
  2. oh ada ye kt bahagian lelaki makeup

    ReplyDelete
  3. Terikut dgn artis ler ni.. mekap segala... kalau adik lelaki sy pakai sunblock... tu ok jugak la... kalau moistoriser etc pun semua pakai hmmm mmg metrosexual lah... maintenance tinggi

    ReplyDelete
  4. siap ada bahagian khas lagi..x jumpa lagi plak.
    alahai..harap Ian pun x terjebak la ..tak macho la kann

    ReplyDelete
  5. first time tgk tahun lepas.. memang dalam fikiran.. amboii bukan main lelaki sekarang 😅😅😅

    ReplyDelete
  6. mekap untuk lelaki metrosexual la ammi..tapi jauhkan lah dari anak - anak dan sedara mara kita ye

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak paham style zaman skr 😅😂. Dah terpengaruh sangaaat dengan lelaki metrosexual atau oppa Korea nampaknya..

    Alhamdulillah suami saya tak tertarik makeup. Biarlah istri kan yg nampak cantik terawat.

    Anak saya yg lelaki pun harus saya wanti2. Perawatan wajah pakai facial wash, moisturizer dan sunscreen boleh, tapj kalo dah sampai make up, menangis saya nanti

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak paham style zaman skr 😅😂. Dah terpengaruh sangaaat dengan lelaki metrosexual atau oppa Korea nampaknya..

    Alhamdulillah suami saya tak tertarik makeup. Biarlah istri kan yg nampak cantik terawat.

    Anak saya yg lelaki pun harus saya wanti2. Perawatan wajah pakai facial wash, moisturizer dan sunscreen boleh, tapj kalo dah sampai make up, menangis saya nanti

    ReplyDelete
  9. Uish!! Dah ada makeup ye di bahagian lelaki.. Sha pun tak berkenan..

    ReplyDelete