Semalam ammi WFH. Pagi sebelum mula on computer ammi menyapulah dulu.
Anak dara ammi hari Rabu haritu dah jadi pelajar “penganggur”. Hahaha ada ke term gini. Dia dah dapat sijil berhenti dari sekolah harian. Tapi semalam dia dipanggil ke sekolah sebab cikgu nak bagi surat pelepasan dan penangguhan supaya dia boleh teruskan dengan lawatan ke Langkawi pada 22/6 nanti.
Masa menyapu bilik Kyra tetiba rasa sebak sebab dia dah pulangkan buku2 text sekolah, dia dah pack buku2 rujukan untuk dibawa ke sekolah baru. Rak buku dah hampir kosong.
Ruang belajar Kyra betul2 bawah tangga nak ke loteng. Sebelum kami pindah ke Seremban dia awal2 dah chop bilik ni sebab katanya bilik ni unik. Uniklah sangat bila tetiba ada tangga curam dalam bilik.
Entahlah, dia bawa atau tidak kalendar ni nanti.
Ozil, hari Selasa haritu dah sebut “nanti kalau kakak tak telefon mesti Alip rindu macam dulu sebab Alip lemas dengan Abang”.
Lemas? Ke rimas?
Ammi rasa rimas kot sebab masa kakak masuk asrama masa form 1 alip duduk berdua dengan Khilfi kat rumah dan antara aktiviti wajib dorang ada BERGADUH TAK SUDAH-SUDAH.
10 Comments
Touching pula saya baca
ReplyDeleteKyra menghitung hari nak belajar kat sek baru lah yer..all the best tau
ReplyDeleteLemas pun boleh la ye. Hhihi
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan anak sulung akak. Semoga adik & abangnya boleh jadi bff. Hehehe. Kesian adikkk rindu kakakkk nanti..
ReplyDeleteWah...baguslah kalau dapat pergi ke sekolah baharu...dapat kawan dan rakan yang baharu juga nanti
ReplyDeleteSaya belum merasa lagi anak2' sekolah jauh. Tapi terbayang juga rumah akan sepi jika saat mereka pergi ke asrama sekolah yaa 🤗
ReplyDeleteSalam Aidil Adha Ammi...
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan
ldy pernah rasa mcm ni.. kite rasa sedih sgt nak tinggalkan sekolah lama.. tp tuan badan seolah2 x rasa ape2..
ReplyDeleteAlahai...sabar ye ammi...insyaallah yang baik- baik aje untuk kakak Kyra
ReplyDeletealahai.. sedih jugaks
ReplyDeletecomel calendar tu...