Alhamdulillah, tercapai hasrat Kyra nak ke PBAKL.
Mula-mula suruh dia plan dengan kawan-kawan sekolah lama dia je. At least bagi dia masa bersama kawan-kawan tapi sorang free Isnin, sorang free Rabu, sorang tak boleh petang boleh pagi, maka marilah pergi bersama family je Kyra. Risau kang kita hantar dia ke sana dia pulak terkontang-kanting kawan tak muncul. Satu hal la pulak.
Ammi sampai dulu dan terpaksa tunggu Abah dan anak-anak. Jalan agak jam juga Jumaat tu. Ammi yang naik LRT pun rasa sesak nafas juga sebab ramai nau umat.
Sempatlah ammi join wawancara bersama authors from Sabah ni. At least ada juga tempat nak duduk. Ahakss.
Akhirnya, penyatuan ammi dan keluarga. Marilah kita perform our Asar first pastu kita buat senaman kaki disini.
Abah bawa anak buah kami yang di Senawang tu sekali rupanya. Jadi ammi pun lepaskan 2 anak dara ni untuk dorang berjalan berdua. Bagi duit dan silalah beli apa yang nak beli.
Giliran si kecik mencari buku dia. Nak komik boleh dengan syarat buku latihan or buku belajar kena ada juga. Khilfi awal-awal dah dapat yang dia nak di tangan kanan dia.
Dia request Al-Quran dengan terjemahan dari Abahnya untuk dibawa ke asrama. Sebak abah anaknya mintak Quran. Takkan nak kata tidak kan. Bacalah duhai anak semoga kamu tahu menilai mana yang baik dan buruk kelak.
Terkejut muka abah suruh beli buku latihan KAFA 1 pack ni. Tak puas hati betul muka dia. Hahahha
Antara buku-buku yang dibeli anak-anak.
Kamus tu Ozil punya. Katanya "Alip pun nak kamus sendiri, semua orang ada kamus sendiri, alip kena share-share". Huhuhu baiklah anak.
Kyra punya...lepas habis exam baru boleh baca ye Kyra Saffiya. Sekarang letak tepi dulu.
Dan hari Ahad keluar memori 2013 di Facebook. Masa ni Khilfi baru nak masuk 3 tahun. Beriya nau rupanya membaca padahal masa tu dia sebut AB Shee, AB Shee je dari awal sampai habis.
Psst...jumpa dengan Ustaz Adnin, yang buat Tarbiah Sentap di TikTok tu. Putih melepak-lepak orangnya. Kelihatan macam pakai filter diluar camera berbanding didalam camera.
7 Comments
Alhamdulillah, sejuk hati ibu bapa, anak minta beli Al-quran...skrg ni asyik fyp Teme Abdullah yg misterious..
ReplyDeleteIris ada ajak jugak but mummay x gigih la kan...nak cari fixi jugak la dia nya pun...
ReplyDeleteSeronoklah anak-anak dapat pilih buku masing-masing.
ReplyDeleteYang kena beli buku latihan memang akan mengaduh 😁
alhamdulillah...seronoknya semua minat membaca..
ReplyDeleteAlaaa... uncle tak sempat la.....
ReplyDeletezmn2 dulu MZ selalu gak pergi PBAKL ni..now dh late 40s ni dh tak leh nak gi tmpt2 crowded laaa...aging factor kot
ReplyDeleteKalo ke tempat pameran buku seperti ini, saya dah siap bawa koper, nak beli banyak. Apalagi anak2, sukaaa sangat mereka pilih buku 😄. Walopun terkadang yg dibaca tak semua, sisanya tetap saja minta maminya bacakan di waktu malam.
ReplyDeleteMereka nih jenis yg dah besar pun masih suka dibacakan cerita sebelum tidur 🤣. Tak tahulah sampai kapan. Krn dulu memang saya beriya-iya selalu bacakan cerita tiap mau tidur 😅