Hari Rabu dalam jam 7.15 pagi kami gerak dari Alor Gajah menuju ke SESS.  SESS adalah singkatan untuk Segamat Science School.  Adik ipar ammi ambil cuti sebab nak ikut hantar Kyra mendaftar.  Jadi kita naik jelah kereta adik ipar yang hebat.  Laju sikit pergerakan.  Ahakss.


Dalam sejam lebih kami pun sampai di Segamat itupun selepas singgah bersarapan.  Tak perlu lalu highway pun.  Waze tunjuk ikut laluan dalam je melalui Gemas.

Sekolah ni rupanya terletak di antara stesen keretapi Gemas dan Segamat dan stesen Gemas adalah lebih dekat berbanding stesen Segamat.  Rasa macam sekolah ni berada di border 3 negeri gitu.  


Terima kasih kerana menjemput kami kemari SESS.

Sampai je terus mendaftar, ambil kad nama, nama kelas dan terus ke dewan untuk menyerahkan dokumen-dokumen.


Ehhhhh...jangan pandai-pandai cakap ammi pendek ye.  Berminyak-minyak dah muka sebab kipas-kipas di tepi dinding dewan tak dapat menampung keluasan dewan.  Mungkin lepas ni contractor perlu usulkan penggunaan dan pemasangan kipas yang sesuai untuk dewan pada BQ yang dikeluarkan kerajaan.  


Sesi taklimat untuk pelajar dan ibu bapa.  Depan sekali duduknya anak dara ammi ni rupanya.


Sessi mengangkat sumpah ibu bapa.  Nampak sangat tenang, tapi tak tenang sebenarnya uolls.  Berlecak teruk ketiak.  hahaha..

Selesai taklimat kita sambung semula pendaftaran, daftar kelas, daftar koperasi, daftar bank, daftar kad telefon dan terakhir sekali daftar asrama.


Mujur juga haritu tergerak hati nak tanya cikgu rupa loker.  Bila cikgu bagi gambar haaaa...maka marilah kita cari drawer gini.  Kalau tak jenuh nak susun baju-baju.  Tak ada laci bagai.  Masa beli laci ni pun agak-agak je sizenya.  

Buku teks belum dapat lagi.  Dan buku teks sekolah lama perlu dipulangkan.  Ada sekolah yang suruh bawa je buku teks ke sekolah baru, ada sekolah suruh pulangkan.  Ikutlah sekolah masing-masing.


Bilik Kyra boleh muatkan 8 orang pelajar.  Tapi buat masa ni setiap bilik hanya ada 4 pelajar je.  Kyra awal-awal dah cop katil atas sebab dia nak dekat dengan kipas.  Kipas dalam bilik pun sendu juga.  Lantai pun masih berdebu lagi.  Mungkin anak-anak ni perlu rajin mop lantai bilik supaya hilang kesan-kesan debu simen.  Bangunan baru kan...gitulah.


Bergambar sebelum hujan turun dengan lebatnya.

Tapi Kyra tak terus tinggal di asrama macam pelajar lain.  Dia dapat pelepasan untuk "melancong" bersama sekolah lamanya pada hari Sabtu ni.  Jadi hari Ahad nanti baru kami hantar dia semula ke Segamat.

Selesai disini kami ke pekan Segamat dulu mencari baju KRMJ.  Baru tau pelajar di seluruh Johor perlu pakai T-Shirt ni pada hari apa ntah.  Hari Khamis kot.  Baju T-Shirt "Karakter Murid Johor".