Ammi terjebak beli Pekasam Telur Sotong dari TikTok. Berkali-kali ammi nampak dia lalu kat FYP.
Kita cubalah...kalau sedap boleh repeat. Kalau tak sedap mungkin itu bukan selera kita.
Tengok ramai yang komen kata sedap sangat.
Dalam RM11++ harganya.
Cara di belakang paket kata kena potong-potong. Kenyal-kenyal je masa potong tu.
Selepas digoreng. Selalulah begini kalau ammi goreng pekasam. Mesti ada yang hangit.
So, kita abaikan pandangan Kyra & Ozil sebab dorang tak termasuk dalam kategori orang yang suka mencuba. Bagi dorang rasa sikit pun dah terkulat muka.
Khilfi kata "hmmmm...macam fishball, tapi abang tak suka rasanya". Padahal kalau gi makan kat kedai nasi kandar dia selalu mintak lauk telur sotong.
Abah kata "boleh tahanlah rasanya, tapi pekasam ikan sedap lagi".
Ammi pulak rasa "betullah macam fishball tapi ada gabungan kuehtiow yang kenyal-kenyal tu".
Jadi, kami stick pada pekasam ikan dan daging jelah.
13 Comments
x pernah plak cuba.. ikan pekasam pun aku je yg makan. so memang jarang la kan
ReplyDeletePH belum try. Pekasam daging pernah cuba tapi tak berapa kena dgn tekak. Pilihan hati tetap ikan pekasam :)
ReplyDeletesaya nak geng dengan Khilfi...kalau makan nasi kandar mesti nak telur sotong,tapi pekasam telur sotong macam tak boleh nak telan
ReplyDeletelinda memang tak makan telur sotong, jadi tidak lah mencuba pekasamnya...hihihi
ReplyDeleteAna pon pernah cuba pekasam sotong ni & tekak Ana pon lebih suka ikan & daging hehehe
ReplyDeletePekasam ni cuma pernah rasa ikan je. Rare pulak rasanya pekasam telur sotong. Tapinya kalau pekasam ikan sis suka juga. Makan dengan nasi panas.....sedap....
ReplyDeleteTelur sotong macam² rasa bila dah jadi pekasam ya, hihi.
ReplyDeletepernah cuba, tapi ahkak sorang jer yang makan.....
ReplyDeletePackaging dia not bad lah
ReplyDeletesebenarnya apa rasa pekasam ni yer? masin or masam ker? i tak pernah mkn apa2 jenis pekasam pun so sgt2lah curious psl how it tastes
ReplyDeletePernah cuba tapi memang bukan kena kat tekak akak, tetap pilih pekasam ikan..
ReplyDeleteSama seperti makam Zharfan, saya tak pernah coba pekasam. Jadi tak tahu rasa dia. Sebelum coba sendiri, tak bisa bilang bakal suka atau tak 😄. Penasaran pula jadinya.
ReplyDeletePekasam memang sedap. Tambah pula dengan telur mata. Makan bersama nasi panas. Mengancam!
ReplyDelete