Jumaat lepas ammi kerja.

Selesaikan urusan di awal pagi sebab plannya nak ke Pesta Buku Antarabangsa KL  petang tu dengan anak-anak.

Lebih kurang jam 11 adik despatch sampai nak collect document.  Datang bukan dengan tangan kosong.  Eh dia bawak makan tengahari untuk kakak dia ni.

Aisehman, baru plan nak lunch di luar.

Tup tup abah kata lepas solat Jumaat baru dia gerak dari Seremban sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan.  Jadi, marilah ammi makan dulu santai-santai sambil menonton drama Racun Raihana.  Guna speed 1.5 dan marilah kita tengok mereka bercakap macam robot.  


Nasi putih, ikan bakar air asam dan masak lemak pucuk ubi.

Alhamdulillah...semerbak tangan bau belacan.  Puaslah dok cuci dengan sabun, pakai lotion tak hilang.

Dekat pukul 3 baru ammi keluar dari office.  Ammi tunggu dorang kat PWTC je.