Bila kau tinggal bertiga tiba-tiba terasa rumah itu sunyi.
Selalu petang hari waktu ammi sampai rumah, ammi akan dengar bunyi orang bersenam (menari) sambil pasang youtube lagu-lagu dari Stray Kids (K-Pop boyband). Itulah cara Kyra bersenam. Sampai abah pun boleh hafal lagu korea tu. Dan ammi pulak manjang je sebut nama kumpulan ni stray cats. Ahaksss...hangin je member.
Ammi masih menanti panggilan telefon dari anak dara nan sorang itu. Sejak ammi hantar dia ke asrama hari ahad haritu (23/6/2024), tiada khabar berita dari dia. Begitulah seketul anak dara sejak dari zaman dia masuk asrama masa tingkatan 1 dulu. Kurang suka menelefon. Ada masa dia akan call abah dia untuk cakap "abah marah tak kalau kakak mintak abah hantarkan air coklat dengan jajan?". Ahakss...dia cuma akan call kalau dia teringin nak makan apa-apa je. Kurang kasih sayangkah anak dara sulung ini? Dan abah sepantas kilat, walaupun cuma berkain pelikat akan pergi carikan apa yang anak dara dia nak.
Itu duluuuuu, bila asramanya hanya sepelaung dari rumah. Sekarang, asrama dia jauh di selatan. Takkan sebab abah memang tak boleh hantar jajan, awak taknak call abah ammi? Huhuhu.
Setiap hari bila cikgu share gambar anak di telegram, berusaha keras ammi teropong cari gambar anak. Dapat jumpa satu pun dah happy.
12 Comments
Pengorbanan mak ayah demi masa depan anak2... tapi tu la saya belum ada kesanggupan nak berjauhan dengan anak2 sbb tu tak apply pun masuk SBP masa anak sulung masuk darjah 6. Mungkin sbb anak 2 orang je, tu yg rasa kalau sorang takde mesti sorang lagi sunyi. Tak tau la bila anak masuk form 4 mungkin berubah fikiran.
ReplyDeleteEhhh..saje buat kita menangis kan...meleleh2 airmata kak SA ha...awak ni ammi...jangan la potong bawang..kakak ni jenis senang cembeng
ReplyDeletealaa....apsal aku yg baca ni cembeng sama ni.. adeh la...
ReplyDeletein sya Allah..diaorang baik2 saja tu
but as a mom, cukup la a simple call or kalau aku whatsapp pun ok dah..kasi tau diaorang ok, dah makan semua ....kannnn....
sedih baca....... Najwa yang dekat ini pun hari-hari kita video call....
ReplyDeleteInsyaÁllah baik2 je tu ammi..
ReplyDeleteni permulaan dan cabaran berjauhan dgn anak dara..
nanti bila kakak dah ke alam pekerjaan nanti lagi terasa..
dah kahwin nanti..
MZ tak kuat utk hadapi situasi ni so both MZ and mr hubby tak bg our kids masuk sek asrama hahaha ni zharfan masuk matriks pun MZ selalu rindu2 jugak..mr hubby plak setiap weekend kalau boleh dia nak drive gi gambang tu tp MZ ler ckp tak pyh la kacau zharfan kalut study dan dh nak final exam tuuuu
ReplyDeleteanyway, ari ni i hati tisu so i nangis la baca entry u ni (emosi i tak stabil hahah sbb keta kat bengkel--jrg berpisah dgn keta)
ReplyDeleteI feel you Ammi. Hugs!
ReplyDeletebudak2 kalau dengan kawan, happy je
ReplyDeletetime MSR mmg padat dgn aktiviti...
ReplyDeleteDorg padat aktiviti, bila dah setel, kepenatan pulak nak bercakap di telefon.
ReplyDeletealamak..itu ke yang mak kita rasa...sebab linda memang dari dulu, sampai sekarang memang begitu...
ReplyDeletetakde macam orang lain, call membawang dengan mak berjam-jam....
tapiii...bukan dengan mak sendiri je...dengan kawan-kawan pun tidak ye...dengan suami sendiri lagi non hado... hahaha
at least zaman sekarang, berwasap jelah dengan mak