Pertengahan April haritu masa kami check rayuan penempatan SBP untuk Kyra, dia gagal untuk ke mana-mana sekolah yang dipohon.
Bila dah gagal dia pun dah tak ada hati nak merayu lagi plus dia rasa dah selesa dengan sekolah harian dia.
Semalam kami berempat keluar minum petang. Kenapa berempat? Sebab Khilfi di asrama. Kami pun bincang-bincang tentang pagi 22/6 perlu hantar Kyra ke sekolah seawal jam 4 pagi sebab tiket kapal terbangnya ke Langkawi yang ditaja oleh Pengetua sekolah adalah pada jam 10 pagi kalau tak silap. Sikit punya awal kena berkumpul.
Lepas tu kami pun bincang tentang hari yang sama Abah dan Ammi perlu ke sekolah Khilfi sebab ada sessi townhall bersama ibubapa.
Sekejap tu, ammi dapat notification di jam. Ada emel masuk yang sipi-sipi menunjukkan tajuk SURAT TAWARAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH...TINGKATAN 4.
Ammi terus menggelupur gelabah, menggigil sampai hisap air guna straw pun air keluar daripada bibir. Dah serupa orang kena strok. Laju-laju buka emel di phone dan... Alhamdulillah.
Akhirnya. Dia ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Segamat.
Reaksi Kyra...muka dia terus merah padam. Entahlah nak nangis ke nak tolak ke. Soalan dia "abah ammi nak kakak pergi ke?".
Abah kata "terpulang pada kakak, balik nanti buat solat istikharah. Kakak nak pergi abah hantar, kakak selesa sini nak stay sekolah sini ikut pada kakak".
Bila kita buat research di kedai makan tu sendiri...rupanya intake yang mendaftar 19/6/2024 nanti adalah intake pertama untuk Form 4. Maknanya batch dialah pioneer SPM di sekolah baru ni nanti. Ini memang sekolah yang sangat baru.
Tengok video parents Form 1 share di Tiktok, tengok environment sekolah tak sempat solat istikharah terus dia kata "kakak rasa kakak nak pergi".
Dan, sampai rumah ammi pun teruslah isi borang setuju terima.
Apa akan terjadi pada lawatan ke Langkawi yang ditaja? Dah pasti Kyra tak boleh join sebab lawatan pada 22/6 dan Kyra perlu lapor diri 19/6/2024. Hmmmm ammi pun tak pasti. Ammi minta Kyra jumpa Pengetua harini dan maklumkan. Dengar cerita Pengetua dah beli tiket flight.
Ammi perlu ganti ke duit pengetua tu? Apa pendapat korang?
14 Comments
Sedih bila baca anak tanya "nak kakak pergi ke" ... Allahu... Mengorbanan yg perlu dibuat utk mencapai segulung ijazah di menara gading.. bertabah la
ReplyDeleteTahniah kyra.. Semoga terus maju jaya...
ReplyDeleteTahniah buat kyra dan parentsnya
ReplyDeleteAlhamdulillah..congrats Kyra... all the best!!! Bab tiket tu...pengetua dia in sya Allah faham kot and dia pun sure happy for Kyra...
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Kyra sayang & Ammi juga 🤲
ReplyDeleteYes, sms segamat ni rasanya SBP terbaru . Tahniah jadi pioneer, byk ruang utk Kyra terus menyerlah, beraktiviti dsbnya.
Gantikan org boleh kot Ammi, instead of burn je tiket tu
Tahniah buat Kyra, Ammi dan Keluarga!...All the best Kyra..semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteall the best utk kyra!
ReplyDeleteTahniah Kyra & family...alhamdulillah syukur.
ReplyDeleteBab tiket tu, boleh cuba minta pelepasan dari pengetua sekolah baru tu nnt, masuk mendaftar saja dulu. Ikut budi bicara pentadbir masing2. Tapi kebiasaannya, perkara sebegini, sekolah boleh berkompromi.
Tahniah sekali lagi.
Ya allah..Aunty SA yang rasa terharu plak...Tahniah kakak...buat pilihan yang betul ok...yg Langkawi tu tengok kalau kena ganti tiket terpaksa la ganti kan...yang ni lagi penting kot
ReplyDeleteBila tanya soalan tu terasa sayu pulak Ammi. Dulu masa batch Dania pun ada satu sekolah baru buka iaitu MRSM Arau. Kalau masuk situ memang first batch. Semuanya baru.
ReplyDeletetahniah Kyra... moga terus maju jaya tau
ReplyDeleteCongraaaats Kyra🎊🎊. Waah 13 June hr ini trakhir daftar yaaa. Apapun yg terbaik utk Kyra. Masalah langkawi, sebaiknya memang dipastikan juga, apa ada penalty bisa tak jadi pergi atau macam mana. Biar sama2 tenang kan
ReplyDeletewahhh tahniah Kyra! Selamat menjadi sebahagian drpd warga segamat… nnt jangan lupa bawa balik durian dari Tangkak hehehe
ReplyDeletewahhh.. tahniah kyra!!
ReplyDelete