Hari Selasa lepas ammi bekerja. Ammi sebenarnya tak perasan yang cuti Raya Haji ke2 hanya untuk negeri-negeri Pantai Timur je. Ammi pun confident ingat 18/6 tu adalah cuti juga.
Jadi dah plan ambil cuti tambahan hari Rabu (19/6) sebab nak hantar Kyra mendaftar. Pastu kononnya hari Selasa tu kita hantar Khilfi pulang ke asrama pastu kita shoot straight ke Segamat. Cari hotel disitu, bolehlah lepak-lepas sehari.
Tapi disebabkan Selasa tu bekerja jadi kita haruslah tukar plan. Kerja pulak banyak menanti dipejabat yang memang itulah deadlinenya.
Jadi, hari Selasa tu Abah bersama anak-anak ke Melaka dulu hantar Khilfi balik ke asrama. Barang-barang Khilfi dan Kyra memang ammi dah paksa dorang siapkan dari hari Isnin. Letak semua di depan hall supaya tak ada apa yang tertinggal. Mak-mak biasalah. Kita ni lah pegawai pemeriksa, kitalah pegawai keselamatan, kitalah pegawai kebersihan. Semua kitalah.
Ammi balik kerja terus je ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Kononnya nak beli tiket bus ke Melaka. Sekali semua tiket bus sampai ke malam hari adalah SOLD OUT. Aduhhh..tetiba blank otak nak fikir. Ammi bertenang, fikir camna nak balik Melaka. Ammi tak beli tiket bus awal sebab ammi tak tau pukul berapa ammi boleh siapkan kerja, sebab kalau melibatkan ammi sorang tak pe juga. Tapi melibatkan klien, pesuruhjaya sumpah, Grab rider.
Then Alhamdulillah baru teringat ada komuter yang direct ke Pulau Sebang, Tampin. Marilah bergegas patah balik ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan tu. Dapat jugalah ammi kejar Limited Stop train pukul 6.13 petang.
6 Comments
Ya Allah..nasib baiklah mentol Ammi lajuk je menyala...kalau saya huhu
ReplyDeleteDulu masa mula2 dok selayang n PJJ.. Memang tetiap minggu naik train dari Bt caves - pulau sebang...
ReplyDeleteKalau dapat duduk memang lega nak nak perjalanan yang panjang kan.....
ReplyDeleteboleh yer duduk atas lantai hahaha MZ tak pernah la plak...lg pun jrg2 naik public transport sejak beranak pinak ni..
ReplyDeletealhamdulillah....semuanya berjalan dgn lancar kannn
ReplyDeletealhamdulillah....semuanya berjalan dgn lancar kannn
ReplyDelete