Susah betul bila berdepan dengan manusia yang sentiasa rasa diri dia dan keluarganya terlalu perfect.
Conversation ni sebenarnya dah hampir sebulan berlalu tapi Ya Allah, sentiasa jelah bermain-main kat otak ammi. Tak tenang rasanya hati ni. Berat sungguh rasa dada bila kadang-kadang teringat ayat dia.
Kisahnya, ammi ada seorang kawan yang ammi pun tak pasti whether she reads my blog ke tidak tapi rasanya macam dia bacalah kot. Sebabnya ammi tak share pun dimana-mana tentang Kyra dapat offer SBP, hanya di blog. Di IG pun ammi hanya letak gambar dia daftar je. Itu je. No detail explanation in IG.
And Dear, if you are reading my blog, yes this posting is dedicated for you! Sila terasa ye.
Kawan ni whatsapp ammi dan cakap “babe, how could you send your daughter to boarding school at this age? She has all this while been a sekolah harian girl. Mesti dia stress kat hostel nanti”. Ammi membayangkan kalau dia bercakap secara oral mungkin hanya senafas je dia bagi ayat-ayat ni.
Bila ammi cakap “this is her decision, this is what she wants”.
Dia boleh kata “it must be you who have asked her to apply”.
Ammi malas nak bertekak dengan manusia gini and I said “well,
you were not in my house when we had the conversation. She’s my girl and aku appreciate pandangan dia,
pendapat dia”. Lepas itu ammi tak jawap pun
apa-apa bila dia reply. I just
ignore. Rasa nak block her tapi its ok…saya
belum sekejam itu.
Hey come on lah. Ammi tak pernah pun selama ni masuk campur urusan anak dia. Anak dia nak ambil apa, belajar kat mana, tuition kat mana, extra classes apa semua lantaklah. Boleh tak jangan sibuk urusan keluarga orang lain?
In fact masa mula memohon dulu ammi berkali-kali tanya ok ke nak apply sebab cabaran masuk sebagai Form 4 student ni besar. Bayangkan, nanti classmate kakak semua dah satu class since form 1 tiba-tiba kakak masuk masa F4, nak kena mingle around with new dorm mates. Dan dia kata “tak kisah kakak ok je. Tapi kakak nak SBP je, MRSM taknak”. Ok…we apply only for SBP.
Semoga ammi rasa lega bila dah meluahkan ni. Rasa macam banyak lagi nak tulis tapi biarlah.
9 Comments
Payah jugak orang gini...
ReplyDeleteBukan nya kita paksa sampai menangis2 budak tu tak nak pergi...
Kita yang tahu keadaan dalam rumah kita cara hidup keluarga kita. Jgn biarkan kata2 orang mcm tu bersarang lama dalam fikiran ammi yer. Dah luah mcm ni biarkan dia berlalu. Orang tu mungkin stalk kehidupan ammi kalau tak mustahil hal anak ammi pun boleh jadi satu permasalahan dalam hidup dia. Itu bukan masalah ammi itu adalah masalah dlm diri dia sendiri. Abaikan sahaja. Semoga Kyra terus maju jaya sbg ibu bapa kita sokong sahaja biar mereka buat keputusan mereka selagi ianya bermanfaat utk mereka. Chaiyok Kyra!
ReplyDeleteKadang-kadang ibu bapa memberi jalan , dan anak yg akan decide..tapi itupun bergantung pada anak2 masing2..kalau semua anak sama, bahagia mak ayah tau kan ammi.. what ever pun setiap ibu bapa nak yg terbaik untuk anak2 dan begitu juga anak2 nak buat yg terbaik utk diri dia cuma perlukan support..support tu penting untuk masa depan anak2..♥
ReplyDeleteaduhai pelik betul lah manusia spesis suka kepochi hal keluarga org lain ni.. urus hal anak sendiri sudahlah.. kalau Ana pun mmg tak suka org jenis mcm ni herghh~
ReplyDeleteAna pulak takda rasa ammi memaksa sbb mmg pilihan Kyra sendiri nak SBP.. lainlah kalau dia taknak tp ammi paksa pujuk suruh pergi ha itu lain citer lah hehehe
ReplyDeleteorang sekarang ni memang suka nak campur hal orang lain..ignore ja la orang mcm tu ammi..kita tahu yang terbaik untuk anak kita family kita...semoga kyra terus berjaya dalam apa jua pilihannya..
ReplyDeleteMemang kita yg harus mengalah atau sabar menghadapi orang seperti itu kak. Dah betul yg Kaka lakukan, ignore saja. Dia bahkan tak deserve dapat perhatian kita.
ReplyDeleteSaya pun tak suka jika ada orang lain yg masuk campur urusan kluarga saya. Krn saya tak pernah mau tahu urusan orang lain, kecualiii dia minta pendapat atau saran saya. Kalo tak, saya better diam
kalau semua parents pikir benda yg sama, nanti saper plak nak masuk SBP tuuuu... MZ respect jer those parents yg antar anak2 kat SBP, ok jer!!! boleh bg anak2 independent dari awal. MZ dan suami memang dua2 tak bg anak masuk SBP so kami mula berpisah dgn anak bila let go utk dia masuk matriks
ReplyDeletetakpe ammi. dia bukan dalam kasut kita dan dia rasa pendapat dia je betul.abaikan saja.
ReplyDeletekakak, dik ad dan acha sejak dari form 1 di asrama.kami tau apa yg perlu untuk anak. macam acha, masa dia form 3 dia dah sibuk nak ke sbp tapi masa tu dia struggle tak khatam lagi. ustazah dia ambik master, kerap takda kat sekolah. jadi lewat sikit la proses dia nak taskmik tu tak boleh pulun. masa dia dapat interview tu kami sepakat diam saja tak bagitau dia sebab kalau dapat lagi la terkilan nanti.sebab masa tu ada 4 5 juzuk dia nak khatam kami rasa macam tak sempat. dia khatam 24.04 haritu, haaa santai santai ikut masa dan kemampuan dia habiskan hafal .
kalau cam apit pula, dia kata tak mau ke asrama.maka kami tak paksa pun walau 3 yang atas tu masuk asrama . kecaman dan asakan dari orang sekeliling memang buat kita rasa sikit terganggu kadng tu