7/7/2024 bersamaan dengan 1 Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan Umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Ehhhhh kantoiiii. Korang menyanyi kan?
Kalau diikutkan Kyra perlu balik semula ke asrama hari Sabtu sebab Ahad biasanya hari bekerja dan bersekolah untuk negeri Johor. Tapi disebabkan Ahad tu 1 Muharram makanya dia bercuti.
Lebih kurang lepas Zohor kita pun geraklah ke Segamat.
Eh sempat pulak nak manja-manja dengan adik dia. Si adik hari Isnin baru kita hantar dia balik asrama. Ini first time abang ikut ke sekolah kakak. Dia belum berkesempatan tengok sekolah kakak dia.
Dah dekat nak sampai sekolah dia, dia pun buat ayat "abah, abah sayang kakak tak?" Abah pun jawab tak. Dan sambungannya adalah "sebab abah tak sayang kakak, apa kata abah gembirakan kakak dengan Tealive".
Dari dalam kedai tersengih-sengih dapat air yg dia nak. Anak lelaki berdua ni memang tak layanlah minum manis-manis ni. Sekadar sedut sekali dua, dah.
Dah sampai sekolah, kita pun round je sekolah kakak, dan punyalah Khilfi kagum dengan keluasan sekolah kakak dia. Katanya "citarasa masa kini design sekolah kakak. Sekolah abang design atok-atok". Hahhaha..yelah nak oiiii..sekolah kamu dah wujud dari tahun 1973. Sebaya sekolah tu dengan abah kamu.
Selesai hantar kita pun gerak balik. Kejap tu dapat call dari asrama Kyra. "Ammiiiii, kakak tertinggal botol air kat belakang".
Patahlah balik. Hantar botol air yang baru dibeli. Mujur sempat sampai sebab ammi order hari Khamis, hari yang dia balik naik train tu. Tau-tau hari Sabtu dah sampai.
Selesai di Segamat kita shootlah terus ke Melaka. Adik-beradik abah nak makan sesama kat Umbai.
Untuk meraikan kakak ipar yang Alhamdulillah selamat pulang dari mengerjakan haji.
Sepanjang-panjang meja kitorang conquer.
Makan kat Parameswara ni rasa dia so-so je, tapi nikmat makan beramai-ramai tu yang seronok. Nikmat cuit-cuit ikan, rebut-rebut sayur tu yang best. Alhamdulillah Allah hadirkan ipar duai dan anak-anak buah yang baik-baik untuk ammi.
Malam tu kitorang tidur di rumah adik ipar di Paya Rumput.
Esok tu, budak sorang ni Pak Asrul (pakcik yang rupa sebijik macam dia) dia yang hantar. Abah dan ammi balik awal sebab taknak stuck dalam jam. Bukan main penuh lagi tangan kiri tu. Ntah apa-apa je bekalan yang Pak Asrul belikan.
5 Comments
sek design atok2 hahah lawak dan cute la remarks tu ;)
ReplyDeletealahai..dah balik dah semuanya ye..sunyi la Amminya....next will be my turn
ReplyDeleteanak-anak kembali ke sekolah hehe.. sekolah atok-atok lah lejennnnnn! hehehe
ReplyDeleteSeronokkan berkumpul adik beradik...... Dulu Parameswara tu sedap sangat, selalu penuh jer...... Dah lama tak ke Umbai, now kerap ke Port Supai Kuala Linggi........
ReplyDeleteHahahaha pandai membujuk utk beli tealive yaa 😄.
ReplyDeleteBetuuul kak. Kadang kumpul2 ramai seperti itu yg membuat berkesan. Walo mungkin rasa makanan biasa saja, tp kumpul bersamanya yg berarti