Jumaat lepas setelah berhempas pulas di sekolah Khilfi (haha hiperbola sangat) untuk hari Jejak Prestasi kami teruskan perjalanan ke Segamat.  


Lautan manusia yang menanti giliran (ahhhh berhiperbola lagi).  Memang suka exaggerate ye kamu ni Sharmila! Masa ammi dah di Dewan Besar untuk berjumpa cikgu Sains dan Math ammi minta abah tolong beraturkan di bahagian cikgu Math.  Barisan di sana lebih panjang.


Mujur juga buat gitu, jadi tak perlulah kami beratur lama.  Cun-cun ammi selesai dengan cikgu Sains fuhhhh sesuai sangat masanya untuk berjumpa cikgu Math.  Tak silap percaturan kami. Minta maaf ye parents lain.  Itulah untungnya bila ibu dan bapa hadir bersama-sama.  U queue there I queue here gitu. 

Dalam satu jam lebih sampai kami di Segamat ngam-ngam waktu orang nak solat Jumaat.  Singgahlah dulu di masjid tempat budak-budak sekolah kakak solat.


Bus sekolah kakak.  Abah kata masa nak keluar masjid dia dengar budak-budak ni SESS ni cakap "weiii, budak MOZAC la".  Kebetulan Khilfi pakai baju korporat sekolah yang sah-sah kat belakang baju tertulis perkataan MOZAC.

Masa ammi tunggu dorang solat Jumaat ni kebetulan Kyra call.  Bila ammi kata lepas solat Jumaat ammi sampai terkejut dia.  Dia tanya ammi kat mana "ammi kat masjid yang budak lelaki sekolah kakak solat ni".  Mujur dia call, kalau tiba-tiba warden paging nama lagi menggelupur dia.


Berpuasa sunat hari putih rupanya anak solehah ammi ni.  Bila tanya dia nak buka ke nak teruskan "...kakak pilih untuk teruskan je" katanya.  Alhamdulillah. 

Selesai kami yang tak berpuasa ni makan tengahari, kita ke pasaraya berhampiran beli stok makanan Kyra dan kawan-kawan biliknya.  Laju budak-budak ni senaraikan barang yang nak dibeli.  Kalaulah boleh dibawa keluar kawan bilik dia sekali nak juga dibawa keluar.  Tapi peraturan sekolah dan mana-mana asrama memang tak benarkan anak-anak keluar dengan selain ibu ayah.  Jadi kita akurlah. 

Cari juga ntah minuman yang kawan-kawan dia order.  Budak-budak sekarang kan macam-macam minuman dorang minum termasuklah anak dara ammi ni.  Ammi dulu teh o ais limau je nak.  Cari juga makanan untuk Kyra berbuka.  Dia pilih nak Marry Brown ... silalah masuk dan order sendiri.  Kitorang tunggu kat kereta je.

Siapa ada pengalaman berbelanja di pasaraya TF Value?  Korang rasa kat sini mahal ke murah?  Ammi rasa macam mahal sebab macam beras yang biasa kitorang beli abah kata selalu 5kg dalam RM34-35 tapi kat sini RM41.  Kopi Aik Cheong 3 in 1 tu pun selalu dalam 11.99 kat situ RM14++.  Harga jajan yang kyra beli ni ammi tak pasti harganya tapi dah alang-alang sampai takkan nak letak balik kat rak.  Beli jelah.



Kawan dia order sikit je sebenarnya.  


Dia punya yang banyak.


Penuh tangan kiri kanan.  Dah macam makcik Rohingya gayanya.  Jangan dia berniaga sudah kat asrama sebab si bujang seorang ni pernah buat.  

Dia tak menjual tapi menyewakan.  Terkejut dengar kipas portable kecik tu pun dia sewakan.  Ishhh budak ni.  Ni ada hati tanya kat abah boleh ke tidak dia bawak ke asrama kasut boot bola yang dia dah tak muat.  Bila abah tanya kenapa...katanya nak sewakan.  

Jadi abahnya kata "bawak je pergi, bagi je budak tu pakai tak payah nak sewa-sewa bagai.  Dia tak ada kasut bola mungkin sebab ayah dia tak mampu nak belikan pastu abang pulak beriya nak sewakan kat dia.  Kang dia guna duit belanja semata-mata nak main bola.  Bagi je dia pakai kalau dia muat".

Harap-harap dia dengarlah nasihat abahnya tu.