Hari Khamis lepas masa ammi dalam MRT ammi terima panggilan. Suara serak yang memberi salam.
Ammi jawab salam dan tanya "siapa ni". Jawabnya "Ammi dah tak kenal kakak ke?"... ohhhh anak daraku rupanya.
Teruk sangat bunyi suara dia. Rasa macam baru je 2-3 minggu sudah dia demam, batuk selsema. Ni kena sekali lagi. Ammi rasa lantai berdebu dalam bilik dia tu pun antara punca juga. Dia dan roommate tak mop tapi cuma sapu je sebab mop yang "pernah ada" dibilik basuh dah hilang. So, memang berterbanganlah debu-debu halus tu.
Dah bercakap lebih kurang...ammi kesian nak tanya macam-macam sebab boleh bayangkan betapa payahnya dia nak keluarkan suara. Kita pun pernah rasakan bila tak ada suara pastu terpaksa bercakap kepala pun boleh jadi sakit. Suruh dia cakap dengan warden nak ke klinik dia taknak. Ubat batuk klinik tak sedap katanya. Huhuhu.
So, ammi pun gigihlah mencari idea. Siap tanya dengan cikgu dia boleh tak kalau ammi order dari pharmacy dan grab ke sekolah. Cikgu kata ok je tapi kena drop off dia guard house. Dan ammi pun mulakanlah misi mencari. Kebanyakan pharmacy dekat area sekolah dia tutup awal dalam pukul 6.30, 7 malam. Memang tak sempatlah.
Hari Jumaat tu dorang buka je kedai ammi terus call dan tanya dan farmasi pertama yang ammi call terus kata boleh order dan dorang akan arrange untuk hantar. Alhamdulillah.
18 Comments
kesian Kyra, maybe boleh letak tikar kot Ammi, ke tak boleh?
ReplyDeleteboleh kot..rasa macam nak pakai tikar getah je terus haha
Deletekesiannya kyra...habuk2 memang bahaya laaa...moga2 kyra cepat sembuh aamiin
ReplyDeleteaaminnn...dahlah tengah exam week. tu yg gigih ammi carikan ubat tak ngantuk
DeleteRisaunya kan kita ni kak bila anak takde depan mata tak sihat pulak tu... Siap beli mop dah, moga takde dahla masalah habuk lagi tu ye
ReplyDeletemop tu beriya beli. jangan budak2 ni parking tepi je sudah
DeleteBantal dia bawa sendiri atau bantal asrama, Ammi?
ReplyDeletebantal asrama. bantal baru...dalam plastik lagi
DeleteKesiannya Kyra, dekat sekolah mmg takde stok ubat utk students ke Ammi? Nasib baik sempat lagi lagi pesan ubat di farmasi & hantar guna grab ke sekolah. Semoga Kyra cepat sembuh.
ReplyDeleteammi pun tak pasti...tak tanya pulak
DeleteNasib baiklah mudah deal kan ammi..
ReplyDeletebila anak2 x sihat, mak nya pun susah hati...
tulah. mmg ammi save terus nombor farmasi ni. senang nak deal next time
Deletekesiannya Kyra.. mmg risaulah hati seorang ibu.. moga cepat sihat Kyra aminnn
ReplyDeletekan. dahlah dia jenis yg jarang sakit
Deletealahai siannya kyra.... moga2 pas ni oka la dia kan
ReplyDeleteBila berjauhan ni kalau sakit memang merisaukan betul. Syukur ada orang baik yang senang nak deal. Alhamdulillah dah beransur baiknya.
ReplyDeletesyafakillah kyra...
ReplyDeletebila berjauhan ni... sapa je yang tak risau...
so hari ni mcm mn keadaan kyra? ok dah ke?
Itu kekurangan dari bangunan yg masih baru ya kak ammi. Debu masih banyaaaak. Memang hrs rajin di mop. Bau cat pun kadang masih kuat. Itu juga tak bagus utk pernapasan. Semoga si kakak cepat sehat lagi yaaa.
ReplyDelete