Bila anak tak sihat

Hari Khamis lepas masa ammi dalam MRT ammi terima panggilan.  Suara serak yang memberi salam.

Ammi jawab salam dan tanya "siapa ni".  Jawabnya "Ammi dah tak kenal kakak ke?"... ohhhh anak daraku rupanya.

Teruk sangat bunyi suara dia.  Rasa macam baru je 2-3 minggu sudah dia demam, batuk selsema.  Ni kena sekali lagi.  Ammi rasa lantai berdebu dalam bilik dia tu pun antara punca juga.  Dia dan roommate tak mop tapi cuma sapu je sebab mop yang "pernah ada" dibilik basuh dah hilang. So, memang berterbanganlah debu-debu halus tu.

Dah bercakap lebih kurang...ammi kesian nak tanya macam-macam sebab boleh bayangkan betapa payahnya dia nak keluarkan suara.  Kita pun pernah rasakan bila tak ada suara pastu terpaksa bercakap kepala pun boleh jadi sakit.  Suruh dia cakap dengan warden nak ke klinik dia taknak.  Ubat batuk klinik tak sedap katanya.  Huhuhu.  

So, ammi pun gigihlah mencari idea.  Siap tanya dengan cikgu dia boleh tak kalau ammi order dari pharmacy dan grab ke sekolah.  Cikgu kata ok je tapi kena drop off dia guard house. Dan ammi pun mulakanlah misi mencari.  Kebanyakan pharmacy dekat area sekolah dia tutup awal dalam pukul 6.30, 7 malam.  Memang tak sempatlah.

Hari Jumaat tu dorang buka je kedai ammi terus call dan tanya dan farmasi pertama yang ammi call terus kata boleh order dan dorang akan arrange untuk hantar.  Alhamdulillah.



Baik adik yang deal dengan ammi ni.  Ammi pulak taktau nama ubat apa nak order tapi ammi listkanlah nak yang tak mengantuk bagai.


Belikan juga difflam dan strepsil.

Dan sekitar sebelum solat Jumaat adik farmasi tu pergi hantar sendiri.


Masalahnya walaupun ada note suruh call ammi....hari Sabtu petang barulah anak dara ni call maknya.  Maknya ni libang libu tertanya-tanya dia dah dapat ke belum ubatnya.  alahaiiii anak.  Hari Sabtu masa dia call tu dah boleh dengan dengan jelas sikit butir bicara dia.  

Lepas dia call petang tu ammi terus je order mop.  Suruh dia mop bilik tu bergilir-gilir dengan kawan lain.


Harap-harap berfungsi dengan baiklah mop ni.  Ammi tak pernah lagi guna mop macam ni tapi tengok video yang seller letak tu macam senang je.  

Semoga kuranglah sikit habuk dalam bilik tu.

Post a Comment

18 Comments

  1. kesian Kyra, maybe boleh letak tikar kot Ammi, ke tak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot..rasa macam nak pakai tikar getah je terus haha

      Delete
  2. kesiannya kyra...habuk2 memang bahaya laaa...moga2 kyra cepat sembuh aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn...dahlah tengah exam week. tu yg gigih ammi carikan ubat tak ngantuk

      Delete
  3. Risaunya kan kita ni kak bila anak takde depan mata tak sihat pulak tu... Siap beli mop dah, moga takde dahla masalah habuk lagi tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mop tu beriya beli. jangan budak2 ni parking tepi je sudah

      Delete
  4. Bantal dia bawa sendiri atau bantal asrama, Ammi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantal asrama. bantal baru...dalam plastik lagi

      Delete
  5. Kesiannya Kyra, dekat sekolah mmg takde stok ubat utk students ke Ammi? Nasib baik sempat lagi lagi pesan ubat di farmasi & hantar guna grab ke sekolah. Semoga Kyra cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Nasib baiklah mudah deal kan ammi..
    bila anak2 x sihat, mak nya pun susah hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. mmg ammi save terus nombor farmasi ni. senang nak deal next time

      Delete
  7. kesiannya Kyra.. mmg risaulah hati seorang ibu.. moga cepat sihat Kyra aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dahlah dia jenis yg jarang sakit

      Delete
  8. alahai siannya kyra.... moga2 pas ni oka la dia kan

    ReplyDelete
  9. Bila berjauhan ni kalau sakit memang merisaukan betul. Syukur ada orang baik yang senang nak deal. Alhamdulillah dah beransur baiknya.

    ReplyDelete
  10. syafakillah kyra...
    bila berjauhan ni... sapa je yang tak risau...
    so hari ni mcm mn keadaan kyra? ok dah ke?

    ReplyDelete
  11. Itu kekurangan dari bangunan yg masih baru ya kak ammi. Debu masih banyaaaak. Memang hrs rajin di mop. Bau cat pun kadang masih kuat. Itu juga tak bagus utk pernapasan. Semoga si kakak cepat sehat lagi yaaa.

    ReplyDelete