Biru pun masuk carta

 Sebelum pemilihan warna rumah kembali ke warna putih, warna biru pun pernah memasuki carta.


Hari tu memori di Facebook naikkan semula kenangan ni.  Terima kasihlah FB.  Ada juga modal ammi nak mengoceh kat sini.

Ammi pun tak ingat ammi pilih biru yang mana satu.  Yang pastinya birulah.  Masa sekolah dulu kita belajar biru cair dan biru pekat je.  Bila ke kedai cat hambik bersusun warna biru keluar.


Kalau memori tu kata 16 Julai maknanya umur budak kecil ni masa tu mesti 2 tahun sebab birthdaynya 14 Julai.


Dan model itu kembali beraksi setelah rumah bertukar warna.  Rambutnya pun kelihatan lebih panjang dari yang di atas.

Memang ini laluan kesukaan dia.  Kaki mengadu seketul kecik ni dulu.  Asal lalu sini je maknanya dia nak pergi mengadu kat abah dalam "office" abah.

Kadang-kadang dia jalan pergi mengadu siap bawak rotan lagi.


Nampak betapa beriyanya muka dia bawak rotan.  Kalau abah acah-acah rotan abang dengan kakak, bukan main happy dia siap tepuk-tepuk tangan.  Sampai kat dia, baru tadah tangan dia buat-buat nak merotan dia dah melalak sampai tak keluar bunyi.

Lepas insiden kepala dia berjahit, kerusi meja makan tu memang kena dibaringkan gitu kalau tak digunakan.  Ingatkan dah trauma nak memanjat...hmmmm.  Dia tak serik guys.  Tetap memanjat.  

Nak flashback pasal warna rumah, sekali flashback sekali memori membesarkan anak.

Post a Comment

8 Comments

  1. cantik juga warna biru kan, soft je pandangan :)

    ReplyDelete
  2. Warna biru bagi rumah rasa sejuk dan tenang je 😊

    ReplyDelete
  3. 2 dalam 1 n3...... rumah dan sihero....

    ReplyDelete
  4. linda pun dalam pemilihan nak cari cat rumah nie

    ReplyDelete
  5. dalam cerita warna biru tu ada kenangan lain yang lebih mencuit hati

    ReplyDelete
  6. Kenangan lalu bila dikenang memang banyak yg terkenang serentak, heheh.

    ReplyDelete
  7. MZ pun suka layan FB throwback/memory...best!

    ReplyDelete
  8. sy mmg tgh berkira2 nak tukar cat kt rumah kg tu kpd warna biru. tp x tau lg warna biru yg sesuai..

    ReplyDelete