Kelakar betul posting-posting yang keluar di media sosial sekarang ni.  

Rajin ye korang semua.

Masalahnya pakar yang mana yang bagi cadangan?  Meh sini ammi ambil pembaris ketuk jari dia tu jap.



Pandai-pandai ye kata para tenaga pengajar kita terlalu banyak rehat.  Ammi rasakan sekarang ni cikgu bekerja sampai ke malam sebab media sosial kita tak pernah berehat.  

Nak-nak sekarang bila setiap kelas ada group WhatsApp.  Ada je ibu bapa yang akan tanya macam-macam soalan tak kira masa.  Dari soalan yang bernas (yang memang jawapan tu nanti sekurang-kurangnya bagi pencerahan pada ibu ayah lain) dan tak kurang juga soalan-soalan yang macam ehhhhh.  Rasa macam dah cikgu letak surat dan pengumuman tapi still nak tanya.

Macam mana anak ko nak membaca ko pun tak minat membaca.  Membaca itu amalan mulia para ibu ayah.  Jangan diharap untuk disuap saja ye.



Tuan Puan yang arif lagi bijaksana, sekiranya sesi persekolah bermula jam 8 pagi, pada jam berapakah sesi persekolahan akan tamat?  

Biar je mula sekolah tu macam biasa.  Janganlah kata mula pukul 7.20 tu awal sangat.  Memanglah anak-anak kena bangun awal sebab kita dan anak-anak memang WAJIB SOLAT SUBUH.  Tak perlu nak kesian sangat bab-bab kejut anak awal pagi ni.  Ingat...melentur buluh biar dari rebung.  Dah jadi buluh karang apa je ko nak lentur?