Hari Jumaat macam biasa ammi bekerja dari rumah.
Pagi ammi buat kerja-kerja translation sikit pastu arghhhh jomlah tutup laptop. Terasa macam nak mintak boss belikan laptop besar pulak. Susah ammi nak buat split screen bila mata semakin rabun ni.
Lunch ammi panaskan je baki lauk-lauk yang ada dalam fridge. Petang dalam pukul 6 kami gerak ke Nilai. Dari haritu tengok kat TikTok orang share pasal Warung Terlolap Mato ni. Meh la kito cubo...terlolap ko, terjuling ko mato gak eh maso makan.
Tu deh. Ni ammi ambil dari meja makan kami. Punyalah malas nak bangun ambil gambar bebetul.
Ada cendol, jadi kita ambil cendolnya.
Ammi punya cendol pulut dan Ozil macam biasa cendol jagung. Hmmmm pulut tu macam lembik sangat tak kenyal. Harga cendol dalam RM3.50 semangkuk. Kalau yang special ada durian bagai tu lainlah harganya.
Bila tanya budak yang amik order tu...apo lauk yang buek terlolap mato? Dia kata cendawan goreng.
Ok...jomlah order. Ammi ambil set biasa RM9 gitu. Ada set berapi tapi tak ambiklah. Kesian Ozil tak boleh nak menikmati cendawan kesukaan dia nanti. Oklah...sedap juga dan ammi makanlah sambil buat-buat terlolap mato tu. Ahakss.
Kueh tiow goreng daging salai untuk ammi. Harga dalam RM13 kalau tak silap. Lupa dah.
Ayam penyek untuk Ozil. Sambal dia sedap juga. Harga dalam RM9.
Nasi goreng cili api potai daging salai. Bapak an panjang namo. Hargo dalam RM16 rasanya. Tapi tak pedas pun.
Dah maghrib dah pun. Moh la beransur. Tak elok "anak dagho" bersidai kek luar maso maghrib. Tapi terlolap ko tidak mato tu?
Kesedapan dia takdelah sampai level terlolap mato bagai tapi bolehlah diterima dek tokak. Mato terkolip-kolip yolah. Abih kalau tak berkolip camno lak kan?
Ammi tak cuba signature dish dorang yang lain sebab tak plan nak makan yang berat-berat pun malam hari. Lain kali mungkin bolehlah cuba masak lomak ke, set bawal ke.
Warung Terlolap Mato
Lot 26840, Jalan BBN 5/4A,
Taman Desa Jasmin,
Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan.
8 Comments
sedap semua makanannya tu ammi.. :D
ReplyDeleteTerlelap mata tengok.. sebab den cuma mampu tengok dari jauh.
ReplyDeletenasi goreng tu nampak sedap. sini kat tepi jalan mangkuk kecik je, cendol biasa je rm4.jap je dah habis telan.haha
ReplyDeleteNasi goreng potai tu mengoda la ammi...
ReplyDeletewah..kat mana plak ni.. nak kena try test ni kalau balik nilai nanti
ReplyDeletewaahhh menu nampak sodap ni! tak sempat nak tololap mato! hehe
ReplyDeleteAduhhh orang Seremban dah sampai sini..... hari-hari lalu depan kedai ini tapi tak kesampaian lagi nak menyinggah..........
ReplyDeleteOkey masuk Wishlist..satu lagi kena try yang Carneyz pi kat Nilai tu Ammi...alaaa..lupo lak namo eh
ReplyDelete