Ini kisah hari Selasa haritu.

Tiap kali balik kerja ammi akan naik e-hailing (Air Asia) dari office ke stesen MRT.  Dan kebiasaannya dalam seminggu tu driver yang sama (Chinese man) akan pick up ammi dalam 2 kali, kalau kebetulan time tu dia ada di kawasan office ammi.

Bila dah biasa, kitorang pun jadilah kawan.  Selalu borak-borak cerita hal semasa.  Hal anak-anak, hal perbelanjaan rumah.  

Dan selalunya masa nak booking tu ammi akan pilih option deduct dari debit card.  Tapi semalam macam terlupa dan ammi kena bayar cash.  RM6 je.

Dah naik kereta macam biasa kitorang boraklah, dan isu semalam adalah pasal LOBSTER.  Lobster pun masuk senarai borak uolls.

Bila dah sampai stesen MRT...kitorang bye-bye dan ammi pun turun.  Dah sampai kat elevator MRT baru perasan...eh patutnya kena bayar cash.  Terus rasa bersalah.  





Carilah camna nak message driver ni lepas dia dah completekan job.  Dia pun mesti masa nak tekan complete job tu baru perasan ammi kena bayar cash.  

Boleh gini?  Naik ehailing car pun hutang.  Nasib baik dah kenal-kenal.

Tapi pagi semalam dah selesai bayar hutang tu.  Ammi nampak kereta dia tengah tunggu passenger masa ammi tunggu bus di stesen MRT.  Dia pun macam "ala kau ni, bukan 60 ringgit pun.  Tapi sorrylah, kalau kereta kosong aku boleh hantar kau tapi aku tunggu orang".

Walaupun RM6 je, tetap rasa lega dah tak berhutang dengan orang.