Semalam ammi keluar office awal. Harini pun sama juga sebenarnya.
Hujung bulan 7 ni macam tak banyak kerja kat office, jadi kami (ammi dan boss) balik awal. Santaikan hidup kami. Alhamdulillah.
Tapi bila banyak kerja, tudung pun jadi senget ahaks.
Disebabkan ammi tau abah ada job kat Putrajaya, ammi pun tanyalah abah. Kot-kot job dia dah settle. Kalau dah ammi bolehlah jumpa abah kat memana balik sekali.
Sekali....eh ada perkataan "yang" kat situ.
Sesuatu yang tidak pernah berlaku.
Hahhaha...baru pakai iphone pink sehari dah typo berjela-jela. Tapi masa pakai handphone cap ayam pun memang dah selalu typo suamiku ini. Sejenis kalau salah malas nak padam2...dia redah je send.
Cemburu ke ammi? Taklah kelakar je.
Tapi kalau rasa memang betul nak ada "ayang" yang baru, silakan. Siapalah kita ni kan. Dahlah tak lawa, malas masak pulak tu. Ahaksss.
Kalau cakap gini kat abah confirm abah cakap "kalau nak buat dulu masa muda saya dah buat".
7 Comments
hahaha... sy kalau cakap mcm tu nnt husband cakap, sy xnak susahkan diri.. cukup la sorg.. haha
ReplyDeleteAyat abah yang last tu legend. Biasale orang perempuan selalu sangka yang bukan2 padahal orang lelaki simple je dia punya fikiran. hehehe semuga bahagia till jannah
ReplyDeleteHa ha ha....
ReplyDeleteHahahahahah kalo bab typo saya yg paling sering. Kadang nak sebut suami, biasa saya panggil papi. Tapi terketik papa. Dia pula tanya, lelaki lain mana dipanggil papa 🤭. Halaaah 1 hurup pun nak ajak ribut 🤣
ReplyDeletehahhhaha kaum pompuan of courselah senang trigger ;) (termasuk MZ ler)
ReplyDeleteSebab tu berani cakap kan...hahahhaa
ReplyDeletesuami kita pun suka ngusik...tp bila kita ckp ikot suka lah..mesti dia jawab "yang ada sorg nie pun tk larat nk layan, ad hati nk tambah"...
ReplyDelete