Harini awal pagi dah gerak ke Melaka.
Ada hari jejak prestasi. Bila tengok result dia huhuhu.
Mana subjects yang dapat C dan kebawah perlu jumpalah dengan cikgu yang mengajar. Ada 5 kesemuanya.
Cikgu dah sign semua barulah boleh angkut bawak balik budak ni. Kalau tak duduklah kamu di asrama.
Bila tengok result dia sejenis markah sipi-sipi je nak bertukar gred. Macam lagi 2 marks boleh ke A, ke B, boleh ke C. Ye D pun dia angkut sekali bawak masuk dalam result.
Kene drill and grind lebih kat Bahasa Arab budak ni. Ngeri ammi tengok bila ada D ni.
Usaha lagi abang. Jangan duduk santai2, ada juga terima laporan dia siap tidur lagi dalam kelas. Ini boleh mendatangkan amarah ni.
Tang subject Math walaupun dia dapat C cikgu puji melambung dan cikgu pun terkejut dia dapat C sebab dia antara yang faham dan aktif dalam kelas Math. Ayat cikgu “encik YB perlu post mortem ye kenapa cuma dapat 1 je daripada 10 markah”. Serius ammi pun macam how come u only get 1 markah je untuk soalan yg total markahnya 10. Dia salah konsep rupanya.
Benda dah jadi, kesal tu memang nampak jelas, tapi nak buat camna, baiki jelah sampai lebih cemerlang.
9 Comments
Banyak boleh diusahakan lagi. Insya Allah....abang pasti boleh.
ReplyDeleteKalo bhs arab, saya paham susah, Krn dulu pun nilai saya jelek sangat utk BHS arab 😅.
ReplyDeleteTak apa Akak, semoga khilfi tetap semangat utk memperbaiki nilai yaa 🤗.
Kalau wak dulu sekolah, math memang tak pernah lulus
ReplyDeleteTeruskan usaha, InsyaAllah boleh tu.
ReplyDeleteTeruskan usaha, Insyaa Allah moga berjaya dunia akhirat
ReplyDeletemoga terus berusaha dan improve!! my boys pun MZ asyik bebel suruh study/buat revision hahaha
ReplyDeleteada masa lagi boleh polish mana yg tak berapa okey tu..tau awal boleh lebih tumpu perhatian pada yg kurang cemerlang.
ReplyDeleteLM tengok result acha haritu pun ada yang geram sebab dalam berderet reslt yg ok c dia dapat sejarah..eh D pun ada diangkut bawa balik untuk ummi.haha
Ada hikmahnya, dia boleh belajar dari kesilapan. Tidur tu perkara biasa bagi budak asrama. Terlelap kadang.
ReplyDeleteSemoga terus sukses ya Khifli...
ReplyDeleteLinda tak boleh nak kata apa dekat anak, kita kata mcm nie.. Dia jawab macam nie... Sabar banyak je, takot bila mak nie geram.. Laju je keluar perkataan2... Hahaha