Harini seawal 6.15 dah naik bus. Bus gerak dari Terminal Seremban sekitar jam 6.20 lebih gitulah kot. Keluar je toll Seremban marilah kita lelapkan mata. Biasanya gitulah.
Dipertengahan jalan, tiba-tiba bus bunyi kuat gila. Macam dia bergerak sambil letak tin-tin kosong belakang bos. Punyalah bising. Driver ke sebelah kiri lane, bunyi tu hilang dan driver teruskan pemanduan. Tak berhenti pun.
Sekejap tu dah nak hampir ke Nilai bunyi lagi sekali dan baru dia berhenti turun dan check. Ammi tengok jam masa tu dalam 6.43 pagi. Bersidailah kami dalam bus. Nak lelap macam tak boleh dah. Ada orang masih sedap berdengkur di belakang ammi. Tak perasan bus sedang berhenti agaknya.
Lama juga, dan tiba-tiba driver kata "pindah bus". Maka marilah kita tukar bus.
Dah terang dah pun. Pukul 7 lebih masih belum melepasi Nilai.
Sebab dah terang dan tak boleh nak lelap marilah menikmati suasana. Tiba-tiba kat UPM ehhhh ada "hot-air balloon" ke tu? Dah jauh baru ammi sempat snap. Menggelupur cari handphone dalam bag haha.
Sampai di Pasar Seni sekitar jam 8.20 pagi. Kita jalan laju naik MRT sebab ammi nak cuba kejar bus pukul 8.43 pagi yang lalu depan office ammi. Alhamdulillah sempat sampai. Tapi mana bus? Bus pulak tak muncul.
Cuba nak book e-hailing, lama betul dia mencari driver tak jumpa-jumpa. Ahhhh naik bus lain jelah. Tapi kalau naik bus ni kena jalanlah nak ke office.
Dah naik bus..ehhhhh bersidai lagi pulak sebab jam. Jarang-jarang jam tanpa sebab. Biasanya kalau bus berhenti pun sebab traffic light jelah. Tengok waze ehhhh ada pulak icon polis disitu.
Sibuk ye korang pepagi buat roadblock. Selesai disini lancarlah jalanraya...
Tapiiiiii di depan sana tu ehhhhh merah lagi. Apa pasal harini?
Whatsapp boss tanya client datang pukul berapa dan bila boss kata pukul 10-10.30 arghhh lega. Ok. Marilah kita santai-santai je jalan kaki ke office. Jalan lelaju kang basah tiak pepagi buta camna?
Begitulah cerita saya dipagi hari, hari ini.
8 Comments
Yang bus tukar tu mujur dia cepat ya.. dok mula-mula baca ingatkan kena sidai tu sambil tunggu bas kat tepi jalan huhu..
ReplyDeleteRespek betul lah orang macam Ammi tukar2 transport untuk ke tempat kerja.
Mesti relax je kalau naik segala MRT, LRT
Nasib akak naik bas A-Class hijau brader yang bawak bas laju giler tu...kul 6.55am dah sampai Pasar Seni
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tu tanda Allah nak suruh Ammi excersize. Segar badan lepas tu kan walau pun penat. Sy pernah naik MRT ke KLCC. Cuma klu hari Jumaat segan sikit sbb lelaki2 pegi Mesjid Syakirin ramai guna laluan tu, terpaksa pakai mask dan jln tunduk2. Hihi.
ReplyDeletekagum la dgn ammi sbb jauh dan complicated betul perjlnn utk pergi keje ari2 tu
ReplyDeleteTiap hari ya Ammi, moga dipermudah kan selalu.
ReplyDeleteGeram kalau tetiba ada roadblock time time genting kan?elok boleh sampai dalam masa 10 minit, nanti tau-tau jadi berjam...
ReplyDeleteBanyak dugaannya ye Ammi..
ReplyDeleteMudah-mudahan ada pelangi yg dibawa oleh client tu nanti 🤲
Salut saya dengan teman2 yg bekerja tapi hrs pakai public transport semacam bus dari PAgi2 sangat 👍👍. Apalagi yg rumahnya jauh.
ReplyDeleteDulu saat msh di HSBC, ada 1 orang subordinate saya, anaknya rajin dan teliti jika kerja. Tapi rumah dia jauh dari ofis, di Serang (Tangerang). Sementara ofis di Tomang (jakarta). Naik mobil pribadi 1.30 jam kalau lancar 🤣. Dia naik bus yg lebih lama lagi, sekitar 3-4 jam. Dia bangun setiap pagi jam 3, Krn harus segera tiba di ofis jam 8. Tak bisa telat.
Terkadang saat ofis butuh lembur atau pulang malam dia bisa pulang jam 10 malam, sampai Serang jam 1 pagi. Dan jam 3 dia harus bangun lagi.
Saya sampai koordinasi dengan HRD utk merotasi dia ke cabang terdekat dengan serang, sayangnya memang HSBC hanya ada di kota2 besar. JD tempat dia sekarang sudah yg paling dekat. Tapi pada akhirnya dia resign. Sedih sih, hanya saja saya juga happy Krn berharap itu yg terbaik buat dia. Saya rasa tidur hanya beberapa jam, tak bagus buat kesehatan. Tak worth it dengan income yg diterima.