Hari Ahad (7/7/2024) pagi sebelum kita hantar kakak pulang ke asrama, si kecik ni lepas je dia selesai sarapan, dia terus keluarkan shaver yang biasa abah shave bulu si kucing.  Dia suruh gunting rambut dia.  Ehhhh macamlah pandai nau.  Potong rambut ammi oklah sebab ammi pakai tudung, kalau tersompek apa ada hal, abah je pun yang nak pandang.

Katanya nak rambut ala-ala "Mbappe".  hahhaha...


Tengoklah jadi Mbappe ke, Sadio Mane ke.


Dan jadilah rupa ini.

Budak ni memang sejenis banyak bulu dari kecil.  Kat tengkuk dia, kat tangan dia pun memang dah berbulu.  Ni kalau dah lepas baligh nanti apa rupa bulu agaknya nanti ntahlah.


Bila dah gondol, nampaklah scar kat kepala dia ni.


Semuanya sebab ini.  Kejadian masa dia belum 2 tahun.  Kakak dengan abang tengah sarapan pagi sebelum ke sekolah.  Ammi tengah bersiap dalam bilik.  Dia boleh pulak berusaha nak panjat kerusi dining table, terjatuh dan terkena bucu tembok.  Dalam juga luka tu.


Sedang on thew way ke hospital.  Walaupun kepala masih berdarah, tapi dia dah berjoget dalam kereta.  Siap nyanyi-nyanyi lagi.


Dah sampai hospital, dekat emergency dipakaikan bandage pastu benda kat tangan tu baru dia menangis.  Menangis sebab tak selesa.


Selepas beberapa jam dihospital.  Dah sedar sepenuhnya lepas operation.  Nak guna insurans kena warded at least 6 jam.  Jadi bertapalah emak ni di hospital 6 jam.  Punyalah lapar ammi masa ni sebab tak sampai hati nak makan memandangkan dia kena berpuasa sebelum operation, lepas operation.


Dah sedar sepenuhnya.  Tukarkan baju.  Tu diaaaa... dia ronda satu hospital.  Dengan mulut bising dia.  Letak dalam bilik dia mengamuk menangis.  

Melasak betul seketul Khalif Syafiq masa dia baby.  Memang lasak level lain maciam dia ni.  Tak macam abang.

Dan kekalkan parut itu dikepala hingga ke hujung nyawa.