Kisah flashback lagi.

Ini kisah Jumaat, 5/7/2024.  Hari ini Khilfi balik.  Tapi kami tak jemput dia dari asrama sebab kalau pulang wajib ada disediakan bus dari sekolah ke Melaka Sentral.  Jadi ammi belikan tiket bus je untuk dia.  Serahkan tiket pada cikgu warden bertugas yang uruskan bus murid, nanti cikgu printkan dan serahkan pada murid.

Lepas solat Jumaat bergegas kami ke Terminal Bus Seremban.  Dari jauh nampak sorang lelaki berbaju merah berdiri.  Tak perasan pun itu anak sendiri sebab gelap sungguh.  Sampai si Kyra kat belakang macam "eh itulah Khilfi Bah, kenapa hitam sangat ni?"  

Rupanya pagi sebelum balik dorang ada merentas desa di sekolah.  Tak sempat tukar baju semua, terus je sarung baju korporat dan naik bus ke Melaka Sentral.  Boleh ammi bayangkan betapa melekitnya muka dan badan dia.  


Disebabkan dia tak solat Jumaat, kita ke lokasi kami nak lunch, kemudian carilah tempat untuk dia solat zohor.  At least dapat juga basuh muka.


Kenapalah baju korporat sekolah ni tak "mesra" dengan warna kulit kami.  Ahaksss.


Sebab kami berlima lengkap hari ni, jomlah kita ke sini.  Dari bulan berapa ntah nak makan sini manjang je tak dapat.  Tapi hmmmm tetaplah kena tunggu.


Dekat sejam juga menunggu.


Akhirnya, kami dapat juga masuk.  Punyalah lapar sebab tak lunch, breakfast pun pagi tu cuma dengan segelas kopi o tanpa gula.  Berapa belas jam ko IF Sharmila?

Kami ada 110 minit untuk makan.  Kalau lebih dia akan caj RM5 sekepala kalau tak silap.  Tapi belum sempat 110 minit pun memang dah full perut.


Ni gambar awal-awal sebenarnya.  Meja masih bersih kemas molek lagi.


Setiap kepala akan dapat 1 special token untuk ambil special food kat counter.  Kira dapatlah sushi premium ke, apa-apa yang premiumlah.  Dah kami guna 2 token untuk ambil kepala salmon.  Ambil sushi premium 1.  Pastu ambik apa ntah dah lupa.

Daging yang nipis boleh gulung-gulung tu ntah berapa round kitorang request ntah.  Dah dia kata "free flow"....kita ambil jelah.  


Dah kenyang, bukan mainlah si kecik ni "bercinta" dengan kakak dia.  Cakap pun berpeluk, duduk menyandar kat kakak, duduk nak sebelah kakak.  Ehhhh..ada kakak tak ingat ammi dah ye?


3 intan permata abah ammi.

Ozil tanya, hari ni makan kat sini sebab apa?  Abah jawab sebab kakak dapat nombor 1, sebab kakak dapat masuk SBP, sebab hari jadi abang (23/6), sebab hari jadi Alip nanti (14/7). 

Dan dia pun macam "lepas tu.. hari jadi alip nanti dah tak ada makan-makan lagi?"



Insyaallah ada rezeki kita makan kat tempat lain pulak.  


Ammi bersama encik yang membayar.

Hari Jumaat ni ada hari prestasi di sekolah Khilfi.  Apa keputusan dia ntahlah.  Asal dia call je bila tanya paper sekian-sekian dapat apa, jawapan dia "you will not happy if I say it ammi".  Hmmmmm.  Tak happy tu banyak level ye Khilfi...kita tengok level tak happy yang mana satu ammi dapat hari Jumaat nanti.