Kisah flashback lagi.
Ini kisah Jumaat, 5/7/2024. Hari ini Khilfi balik. Tapi kami tak jemput dia dari asrama sebab kalau pulang wajib ada disediakan bus dari sekolah ke Melaka Sentral. Jadi ammi belikan tiket bus je untuk dia. Serahkan tiket pada cikgu warden bertugas yang uruskan bus murid, nanti cikgu printkan dan serahkan pada murid.
Lepas solat Jumaat bergegas kami ke Terminal Bus Seremban. Dari jauh nampak sorang lelaki berbaju merah berdiri. Tak perasan pun itu anak sendiri sebab gelap sungguh. Sampai si Kyra kat belakang macam "eh itulah Khilfi Bah, kenapa hitam sangat ni?"
Rupanya pagi sebelum balik dorang ada merentas desa di sekolah. Tak sempat tukar baju semua, terus je sarung baju korporat dan naik bus ke Melaka Sentral. Boleh ammi bayangkan betapa melekitnya muka dan badan dia.
Disebabkan dia tak solat Jumaat, kita ke lokasi kami nak lunch, kemudian carilah tempat untuk dia solat zohor. At least dapat juga basuh muka.
3 Comments
setiap bulan mustilah ada event makan-makan utk anak-anak abah & ammi kan? hehehe
ReplyDeletemengendengbdgn si kakak tu mcm dah berbulan x jumpa ya😁
ReplyDeleteHahahaha pertanyaan nya mirip pertanyaan si bungsu saya.kebetulan birthday dia dan suami berdekatan. Jadi kadang saya gabung semua. Trus dia suka nanya, pas hari H birthday dia dah tak ada apa2 lagi berarti 😅. Sejak itu saya prefer celebratenya pas hari birthday dia, biar tak protes 🤣
ReplyDeleteLihat video di atas, keren juga cara menggulung daging Ala khilfi yaa 😄. Nak coba lah nanti 🤭