Sana sini peminat filem Tamil bercerita tentang filem baru Vijay Sethupathi ni. Ammi dulu tak kenal pun sapa ni Vijay Sethupathi. Sampailah despatch office ammi tanya ammi tahun lepas "akak tengok cerita Vijay Sethupathi tak". Ammi macam "ntahlah, mungkin ada tapi akak tak kenal nama"?
"Saya kalau cerita-cerita Vijay ni saya memang layan kak. Lakonan dia tak macam Vijay Thalaphaty", katanya. Alamak banyaklah pulak Vijay.
Serius, ammi memang ada masalah mengenali nama pelakon, penyanyi bagai. Kadang-kadang kalau lagu pun beriya nyanyi hari-hari tapi sapa yang nyanyi pun ammi tak tau. Mana yang ammi kenal tu, ammi kenallah.
Kat Tiktok ada entry sorang pemilik akaun yang ammi pun tak kenal ni lalu kat wall. Baca caption dia terus macam "ok biaklah. saya tengok cerita ni nanti".
Dan ammi pun dalam bus on the way balik kerja layan cerita ni. Dah ke depan, eh reverse balik sebab tetiba macam tak paham. Pastu forward balik.
Memang betul cerita ni punya plot twist sangat gempak. Ko pun tak jangka ending dia gitu. Filem yang tak perlu penari menari dengan pakaian seksi, ketat sampai mintak nyawa. Tiada langsung adegan yang menjolok mata. Hanya perlukan sebiji tong sampah yang dinamakan Lakshmi sebagai objek dan subjek utama.
Lakshmi ni ikut apa yang ammi ingat nenek ammi pernah cerita adalah tuhan atau dewi yang memberi nasib baik, kekayaan, kebahagiaan dan kecantikan. Dia ni isteri kepada Tuhan Hindu yang bernama Vishnu (iaitu tuhan yang jaga alam semesta). Maafkan saya kalau penerangan saya salah ye penganut agama Hindu sekalian.
Dalam cerita ni main actor dia sangat minimal dialog. Gaya tubuh, mata, muka dia je dah cukup.
Dan korang yang tak tau nak tonton cerita apa, silalah tengok cerita ni.
Ending cerita ni di platform yang ammi tengok tu...ha gini subtitlenya. Bikin gue ketawa aja.
7 Comments
Dah 2 orang buat review citer Maharaja ni. Boleh masuk dalam senarai movie utk ditonton time lipat baju hehe (sbb time lipat baju je saya layan TV)
ReplyDeleteNampak jugak lalu lalang di media social.
ReplyDeleteDone tengok jugak... Nak buat entry gak.. Tapi, tak dan menaip... Hahaha..
ReplyDeleteAwal2 ku gelak nengok nya ammi, sebab terlupa sinopsis.. Cerita lawak ke cerita sedih..
Fuh! Lain macam subtitle dia!
ReplyDeletekawan aku pun ckp cita ni best..ngan satu lagi Maharaj.. dua2 dlm list dah tapi x layan lagi, busy nak siapkan bujang sorang tu..1st time anak nak masuk asrama la kata kan.. ha ha ha..padahal dah besar dah..mummy nya yg drama sgt....alahai
ReplyDeletetd MZ baca review citer ni kat blog ezna..ni kat blog ammi plak hehehhe
ReplyDeletesy x tgk lg tp kat fb ramaiiii buat review cerita ni..semua feedback positif.
ReplyDeleteweekend nnt kalau free sy nak.layannnzzz