Cerita lapuk tapi masih dibulan yang sama.
13.7.2024 - Hari lahir boss ammi dan abang ipar ammi.
Dan pada tarikh tu juga kami bertiga ke Shah Alam (Dewan Banquet Sultan Abdul Aziz Shah) sebab ada majlis persandingan anak ke-2 kawan ammi. Persandingan pasangan Ashraff dan Shamina. Kakak ni salah sorang kawan maya ammi since berbelas tahun lepas. Berapa tahun in exact ammi tak ingat tapi rasa adalah dalam 17-18 tahun kot sebab anak bongsu yang mak pengantin ni "pregnantkan" waktu kali pertama kami berjumpa baru je masuk Asasi.
Kami berkawan Alhamdulillah dari masing-masing bertudung singkat, dari ammi masih free hair, baju tak cukup kain sampailah harini. Dengan dorang ni jugalah ammi sama-sama belajar agama, mengaji, belajar berzikir selawat. Belajar bersama walaupun cuma di WhatsApp. Ada kemusykilan tanya je insyaallah akan dapat jawapan. Terima kasih Allah, hadirkan "sahabat-sahabat dari syurga ni". Tak sempat jumpa ustazah kami sebab ingatkan ammi dah lewat, ustazah lagi lewat dari ammi rupanya. Dia ada jemputan di 4 tempat.
Baru perasan, labuh sungguh kain ammi. Patutlah macam nak tersadung haritu.
Kakak Seha ni lagi lama ammi kenal. Dari April 2001. Sebabnya dia ni satu office dengan ammi. Dia yang banyak ajar ammi buat tender, buat kerja-kerja office. Dia juga yang selalu hantar ammi ke ITM Shah Alam pepetang lepas kerja masa ammi buat Pengajian Luar Kampus sebab rumahnya kat Klang dan katanya "udoh alang-alang aku nak balik, aku hanto je le kamu. Bukan aku pikul kamu pun". Gitulah seorang kakak melayan adik paling bongsu dalam office. Semoga Allah sahaja yang balas budi baik Kak Seha pada ammi.
Ni lagi sorang. Kak Azie. Kami sempatlah jadi jiran masa berkebun di "FarmVille" kat facebook. Siap kat facebook penuh timeline dengan "Nest, bagi akak botol susu". "Akak, bagi saya anak lembu". Ahahhaha...gitu pun boleh. Sampaikan geng-geng lain pun macam...apa aje kerja si Nest dengan Azie ni.
Pastu sampai di dewan ni ammi pun ambil jelah main course di depan dewan. Masa akak ni duduk sebelah ammi dia cakap "eh nest, kat belakang tu ada mihun sup, ada bubur, nasi lemak sambal paru. Sambal paru dengan brownies dia sedap nest". Hahahahaha...kalau dia tak cakap ammi pun tak tau ada sebegitu banyak juadah. Yelah biasanya kita mana nak round satu dewan. Ke korang round satu dewan kalau gi wedding? Ke ammi yg pemalu?
Setiap meja ada payung kecik yang comel ni. Ammi pun suruhlah Ozil ambil gambar ammi dan abah macam ni.
Dan macam ni dia bagi. Suruh ambil lagi sekali sebab tak nampak payung.
Eh, jadi gini pulak. Ammi tau kamu tak suka subjek seni tapi janganlah tak berseni langsung nak oiii..
Last...oklah daripada tak ada. Walaupun payungnya senget.
Sebelum balik jumpalah mak pengantin sebab masa ammi sampai mak pengantin sibuk melayan orang jadi penyambut tetamu yang juga kawan-kawan ammi kata "ko gi makan jelah dulu nest...selalu doctor busy layan patient harini layan tetamu".
Masa ammi keluar dari pintu ni, mak pengantin yang berbaju kuning macam "eh nest, kamu masuk dari pintu mana?". Hahahha kak. "Saya masuk dari pintu ni lah tadi, ni nak keluar dah". Dia ingat ammi baru sampai.
Dua orang di kiri dan kanan kawan-kawan maya kami juga dan memandangkan dorang duduk Shah Alam juga jadi dorang offer mak pengantin untuk bantu mana yang patut. Maka dorang diberi tugasan bagi door gift kat tetamu yang nak balik.
Selesai di Shah Alam, kami gerak pulak ke belah-belah TUDM Subang tu sebab kebetulan abah ada game bola pulak petang hari. Sebelum cari tempat solat tu, marilah mencari pencuci muka dan set bedak simple-simple sebab satu beg ammi tertinggal atas katil kat rumah. Kalau muka flawless nak keluar tak berbedak oklah juga.
11 Comments
creative laaa pose dpn payung kecik tu hehehe cuteee
ReplyDeletehaha..takpe la asalkan gambar nampak cantik sudah
ReplyDeletekan cantik gambar tu...
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah utk pengantin sekeluarga 🌹
ReplyDeleteCenter Piece dia payung la. Unik betul.
ReplyDeleteseronok jumpa kawan2 lama...kawan berkebun pun ada..hehe..nampak besar dewannya, segan jg kalau nak round..
ReplyDeletesambil2 attend wedding, jumpa kwn2 lama..mengimbau memori, yea tak?
ReplyDeletecomel gambar yg berduaan bawah payung tu... pandai jurugambar kecik tu ambil gambar
ReplyDeletewedding cum reunion ni...jumpa kawan2 lama ye...sweet gambar ngan shuben ammi tu bawah payung...mana gambo perantin eh...perantin lamo yo ado..
ReplyDeleteHahaha.. zaman farmville tu penuh nostalgia. Ada sekali tu blackout ke takde internet, masing2 dah susah hati tanaman mati, hihi.
ReplyDeleteRare pulak ada payung di meja. Payung ala diraja ikut tema kuning juga. Senget takpe ammi, boleh edit tu. Tahniah buat pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeleteSeronok dapat berjumpa dan terus keep in touch dari alam maya.