Melupakan itu memang sukar

Ini kisah ammi back in 1995 and 1996.  Masa Form 4 kami pelajar-pelajar Melayu dan India tidak diberi pilihan untuk memilih aliran. Kami tak ramai sebenarnya.  Kiranya kumpulan minoriti dalam sekolah tu. Dan kalau ada pun kebanyakan budak type M and I ni hauk sungguh perangai.  Dan disebabkan itu pihak atasan sekolah pukul rata je kata type M & I memang TAKNAK BELAJAR.

Tapi ammi buat kepala jingga ammi, pergi fight for myself.  Ammi jumpa cikgu HEM, ammi jumpa Pengetua and akhirnya ammi dapat keluar dari aliran sains rumah tangga yang pihak sekolah pandai-pandai je letak.  Bukan mendowngrade aliran ERT ni tapi ehhhhh saya pun ada cita-cita.  Cita-cita saya bukan nak jadi tukang masak, or tukang jahit.  Masa itu terbayang dua profession ni je kalau kita di aliran ERT.  Bila ammi dapat sorang demi sorang cuba nak tukar aliran juga.

Masa subject Math, lagi haru.  Kami sangat dianaktirikan. Cikgu ibaratkan kelas kami kelas yang taknak belajar padahal ammi beria berusaha nak fahamkan apa yang cikgu ajar.  Cikgu pulak ajar kitorang ni dalam bahasa Inggeris.  Macam kitorang ni student DLP pulak.  Ingat lagi ayat cikgu Math ammi “just copy whatever I write on the board”.  Ye kami hanya perlu salin.  Tiada homework!

Ammi dan kawan yang lain (yang memang stok nak belajar) pandai-pandailah buat sendiri soalan dalam buku teks, cari soalan tambahan dekat suratkhabar. Ammi tumpang buat soalan kat buku latihan yang kawan ammi beli. Dan ammi personally pergi jumpa cikgu kat bilik guru cakap lembut-lembut kat dia kalau ammi tak tahu nak solvekan soalan Math.  Finally, masa hampir penghujung Form 4 baru cikgu ni nampak effort ammi dan kawan-kawan.

Dulu masa ammi belajar kita sibuk dengan buku autograph.  Jadi ammi pun ada satu yang ammi masih simpan sampai hari ni.  Ammi bagi juga pada cikgu Math masa hujung sebelum SPM.


Haaa, cikgu sedar kesilapan dia dan cikgu memang minta maaf personally kat ammi siap peluk ammi lagi dalam bilik guru.  Sedih wo masa ni.  I forgive you cikgu, but I'm sorry.  I just can't forget.

Dalam kelas ammi ada 2 Sharmila.  Ammi jadi Sharmila A sebab bapak ammi Arshad.  Kawan sorang lagi D sebab nama bapak dia mula huruf D.  Ada juga cikgu yang panggil kitorang Sharmila Melayu and Sharmila India.  hahah...mana-mana je.

Ammi memang lost contact dengan cikgu ni.  Masa dia mengajar ammi, ammi rasa she was in her 40s.  Jadi sekarang ni mungkin hampir 70 usianya.  Semoga sihat-sihat aja ya Cikgu.

Post a Comment

9 Comments

  1. sungguh sakit bila dipandang enteng.. kita kena lawan demi hak kita. good job ammi 💪💪💪

    ReplyDelete
  2. samalah. manjang tak lulus math dan add math. ade cikgu pilih kasih. takpelah. time will heal. btw, comel nak bezakan dua sharmila tu

    ReplyDelete
  3. Boleh buat drama cerita sekolah Ammi ni. Bagus Ammi fight for your right. Nak cakap jugak tulisan cikgu Maths tu cantik giler. Lama tak nampak tulisan cantik mcm ni 😄

    ReplyDelete
  4. betul mmg sukar nak lupakan apa yg org buat kat kita tambah lg seorang cikgu..

    ReplyDelete
  5. Sedihnya kan kalau ingat masa dulu kita nak belajar tapi selalu di anak tirikan lagi lah kalau bukan kelas depan. Tapi tengok sekarang akak boleh speaking berhabuk dah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan kak. Janji kita usaha

    ReplyDelete
  6. pernah juga alami situasi yang sama kerana tergolong dalam pelajar yang kurang cerdik

    ReplyDelete
  7. Agak sedih bacanya.. sampai segitunya disamaratakan.. tp syukurlah pada akhirnya guru kakak pun sadar kalo ada beberapa murid ya yg memang teringin belajar ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  8. sedey plak baca kisah ammi...tak perlah, that is part of our stages in life kan... memang our teachers dh usia 70s rata2nya kalau pnjg umur..ada one ustazah sek rendah MZ, ari tu meninggal sbb covid :( kat kg MZ...

    ReplyDelete
  9. alahai taching baca..tpi alhamdulillh, cikgu nmpk pun effort ammi & kawan2 yg memang nak belajar..bukan semua student malas nak belajar..ada yg rajin mcm ammi ni..

    ReplyDelete