MJBB?
Hahhaha...itu singkatan nama bapa mertua ammi. Mohamad Jamil bin Baba.
So, Sabtu lepas berlangsunglah acara lontar-lontar bola di pusat bowling. Lontar suka-suka.
Last minute ada yang tak dapat datang sebab tuntutan kerja (kesian abam-abam polis kita yang kena bertugas).
Si dadek pulak kata "dadek tak dapat datang sebab ada larian". Dan tak sia-sia dia wakil rumah dia dalam acara relay 4x200m. Dia pelari ke 3...masa dia dapat baton tu rumah kuning dia kat tempat last. Sampai kat dia wahhhhhh seronok tengok video larian dia. Hebatttt anak ammi ni terus jadi juara rumah kuning.
Team ammi disebabkan tak cukup quorum (bila 2 anak ada diasrama) jadi kita masukkan abang ipar yang anak-anak dia sorang kat Sabah sorang ada latihan askar wataniah.
Mula-mula plan untuk team pakai warna hijau. Tetiba pakcik sampai pagi tu keluarkan baju dari plastik. "Banchik beli je baju ni kat hari-hari RM9 selai. Size pun ambik agak-agak je ni". Wahhhhh tiba-tiba team kami ada uniform. Thank you banchik.
Sarat mengandung pakcik ni..bila due date ntah.
Gambar masing-masing in action semua tak ada. Sibuk makan, sibuk boo orang yang lontaran masuk longkang. Boo orang yang tiba-tiba orang ke depan bola tertinggal kat belakang. Hahhaha..
Final points team ammi lepas 2 frame.
Dan dapatlah kami tempat ke 3 keseluruhan. Banchik dah balik masa ni sebab dia rushing ada kerja di KL.
Team champion ni. Team "the ants go marching hooray hoorey". Tamak nama group ni haha. Siap ada banner, ada bib bagai.
Best bowler lelaki...dapat Iphone 15 ko.
Terima kasih adik terpaling bongsu yang anjurkan bowling ni. Penganjur pun terkejut ada hadiah untuk best bowler. Semua orang macam eh kenapa tak cakap awal ada hadiah best giler...kalau tak boleh main sungguh-sungguh. Hahahha.
Best bowler perempuan...
Ni hadiah untuk best bowler perempuan. Samsung Galaxy S23Ultra. Maka meratap hibalah para kakak-kakak dan anak-anak buah yang lain.
Hadiah dimeja dah selesai. Hadiah yang berlebihan tu dorang bagi je kat budak-budak yang join. Ammi pun dah heboh cari makanan sebab lapar. Tetiba dorang bersorak beria.
v
v
v
v
v
Rupanya ada pembetulan....
"Correction, correction. Best bowler bukan dapat kat Adam tapi dapat kat Aaaaamaannnnn".
Ehhhh suamiku yang punya rupanya iphone pink itu.
Ammi pun tak sempat nak keluarkan handphone sebab dah sampai ke belakang dek lapar mencari makanan. Kita pinjam jelah gambar dari phone adik ipar ni.
Senyum sepanjang hari abah. Pink pun pinklah.
Hadiah-hadiah yang kami dapat. Ozil ada dapat 3 hadiah tapi bila bukak hadiah tu coklat dia bagi je kat orang lain. Coklat kat rumah ni kalau tak ada kyra macam tak laku langsung.
Begitulah kisah kami di hari Sabtu yang lalu.
Plan asal lepas acara bowling di MITC nak singgah sekolah Khilfi sebab sabtu minggu lepas adalah minggu lawatan. Sekali cikgu tangguhkan lawatan ke hari Ahad sebab Sabtu ada kerja-kerja pemunggahan barang renovation untuk repair bumbung bangunan.
16 Comments
Wahhh....abah dapat iphone pink....tukar ngan ammi la..bagi ammi je..x sajak lelaki pakai hp pink..hahaha..done nganjing
ReplyDeleteHaha takpe…ammi dah belikan casing nak cover pinknya tu. Ammi pun tak lalu nak pakai pink masalahnya
Deletebest betul hadiahnya tuuuu!!! tahniahhhh
ReplyDeleteKannnn…terima kasih jelah pada yg sponsor hadiah.
Delete"Sarat mengandung pakcik ni..bila due date ntah" <---kelakar lah ammi ni hehehe.. bestnya byk dpt menang hadiah! tp kyra tak dpt join ye?
ReplyDeleteKyra takde. Sekolah dia tak ada pulang pilihan, jadi balik sebulan sekali je
DeleteWah untung betul dapat iphone. Rezeki tak disangka² kan. Kalau bagitahu awal memang pulun lah masing masing nak jadi best bowler. Apa pun tahniah untuk team Ammi menang juga tempat ketiga. Team nombor 1 tu macam dah tahu menang je siap ada banner bagai.
ReplyDeleteAwat best sangatttt hadiah² dia? Mesti banyak sponsorship ni haha...
ReplyDeleteSporting betul semua orang, best ipar duai macam ni
wah meriah ye Ammi... best dapat hadiah nya tu hahaha
ReplyDeleteHadiah lumayan!. Hamboi2 Ammi!.
ReplyDeleteTak sangka pulak ada yg tak minat hphone pink ea.. I pulak aritu nak cari pink, pastu seller kata kena tunggu seminggu baru dpt. Ah malas. Last2 beli hitam.
Eh!. Alamak! I salah baca la Ammi. 😅. Ingatkan Ammi tak suka phone pink. Rupa2nya Ammi mengidamkan yg tu. I see... sorry2. Mlm2 mata rabun. 😅. Congrats anyway.
ReplyDeleteWaaa meriah... Dpast berkumpul .. main boling.. pemenang dpt hadiah.. hp tu :D
ReplyDeletewahhhh....rezekii ni...Alhamdulillah
ReplyDeletetahniah dpt no 3...wah hebat adiah utk best bowler tu dpt gadget
ReplyDeletekalau sy dah melompat dpt iphone tu hahaha
ReplyDeletebest2 aktiviti dgn fam ni👍👍
Tertawa langsung baca komen ammi bab banchik mengandung 😅😅.
ReplyDeleteUwaaaah besssssst hadiahnya yaaa😍😍😍😍.. Kalo tahu ada best bowler, pastilah semua langsung serius main kaan 🤣😄. Tapi saya pun, mau serius macam mana juga, tak mungkin menang. Bisa menabrak semua pin saja dah ajaib sangat 🤣