Apa Sebenarnya PJS, PJU, SS dan USJ?
Orang-orang Lembah Klang mesti selalu dengar nama-nama tempat ni. Bila ditanya apa tu, terus jem kepala. Hari ni kita dedahkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan nama-nama tempat ni.
Sebelum Petaling Jaya menjadi perbandarannya sendiri pada tahun 1977, PJ sebenarnya adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur. Oleh kerana kesesakan lalu lintas, PJ kemudian ditubuhkan!
Apa itu PJS?
Walaupun anda mungkin berfikir bahawa PJS hanya merujuk kepada kawasan tertentu yang membawa singkatan PJS di selatan Petaling Jaya, PJS sebenarnya meliputi PJS 1-8, sebahagian daripada PJS 7, PJS 8 dan PJS10.
Di sinilah penempatan pertama Petaling Jaya terletak, maka namanya, PJ Old Town.
PJS ni sebenarnya merujuk kepada Petaling Jaya Selatan. Bahagian selatan daripada pusat bandar Petaling Jaya atau kita selalu sebut PJ State. Menariknya PJS 7 dan PJS 9 kini berada di bawah bidang kuasa Subang Jaya.
Bagaimana pula dengan PJU?
PJU pula merujuk kepada Petaling Jaya Utara. Petaling Jaya terus berkembang, bahagian utara yang bersempadan dengan Lebuhraya Persekutuan juga mula dibangunkan untuk menampung penduduk yang semakin meningkat. Ini membawa kepada pembangunan PJU, yang merangkumi sebahagian besar daerah Petaling Jaya.
Apa pula SS?
SS bukan bermaksud Seksyen atau Sub-Seksyen. Kalau itu yang korang fikirkan selama ni, tekaan korang salah. Kursus ammi di UiTM dulu namanya SS - Secretarial Science. Ahakss.
SS sebenarnya merujuk kepada Sungei Way-Subang. Sejak Petaling Jaya terus berkembang dengan lebih ramai orang berpindah ke daerah dari kawasan pedalaman lain, ia berkembang dan mula membangun tanah di sepanjang Sungei Way ke Subang.
Pada tahun 1965, Kawasan Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sektor perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia.
Disinilah terletaknya kilang-kilang yang biasanya menjadi tempat orang-orang PJS bekerja.
USJ pula?
USJ pun sebenarnya bukan Utara Subang Jaya. USJ membawa maksud UEP Subang Jaya atau dalam Bahasa Melayunya, Projek United Estates Subang Jaya.
Setelah selesai Subang Jaya (SS 12-19), UEP (United Estates Projects Berhad) memulakan pembangunan tanah baru di kawasan Subang Jaya. Ini datang di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang baru.
UEP akhirnya dibeli oleh Sime Darby, sebab itulah Sime Darby sangat menonjol di kawasan Subang Jaya.
Malah dahulu, PJU tak berada dalam pentadbiran Petaling Jaya pun. PJU ditadbir Majlis Perbandaran Petaling (Utara). Majlis Perbandaran Petaling (Selatan) mentadbir kawasan Puchong dan sekitarnya.
Penjajaran semula sempadan dilakukan pada Januari 1997, sebahagian Petaling Jaya termasuk Subang Jaya, USJ, Putra Heights dan Bandar Sunway diserahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya atau MPSJ yang baru ditubuhkan pada masa itu.
MPPJ (kini MBPJ) mentadbir pula kawasan Bandar Utama, Sungai Buloh, Bukit Lanjan dan Kota Damansara yang asalnya milik Majlis Daerah Petaling (MDP) yang dibubarkan setelah itu.
Sekian saja topik Kajian Geografi Tempatan kita untuk hari ini. Ammi copy paste je dari FB dan edit sikit.
Kredit: Azizul Farhan
4 Comments
Tenkiu atas perkongsian ..sekarang baru tahu selok belok semua .
ReplyDeleteGood info ni. Tq share
ReplyDeleteOh ic ... Berarti ini samalah dengan wilayah2 jakarta dan sekitarnya. Di sini sebut JABODETABEK (Jakarta-bogor-depok-tangerang-bekasi) . Semuanya tak terlalu jauh, tapi dipisahkan masing2. Ada wilayah rumah, pabrik dll. Semacam tak jauh beda dengan PJ, dkk nya ini.
ReplyDeletezmn2 tak de waze dulu2, MZ selalu sesat tiap kali drive area mcm2 SS tu....confused sgt ahhahah
ReplyDelete