Sepanjang last week ammi macam agak tenang di office.  Bos masuk sekejap then dia balik.  Memang sangat kurang kerja.  Ammi pun buat apa yang patut, filing, update itu ini, cuba tengok apa kerja akan datang yang boleh dibuat sekarang.  Buat sikit-sikit pastu ehhhh kita tengok google photos lelama la.  

Seronok tengok gambar lama.  Jumpalah gambar ni.  Ikutkan tarikh 24.5.2017.




Tapi ammi ingatlah kejadian ni.  Ini kertas periksa Sains Khilfi masa darjah 1.  

Masa ammi kelebet kertas dia ammi macam, ha? 

Pastu tanyalah dia "what you should do if you are thirsty"?

Jawapan dia dengan suara dia yang halus comel.... "drink".

Habis tu kenapa jawap "breathe deeply".

Jawapan dia yang buat ammi terkedu dan ok fine... "bulan puasa tak boleh minum, kalau nak minum tarik nafas je".  Dia jawab dengan jujur, muka confident, dan dia yakin dengan jawapan dia.  hahah.

Guyssss...memang masa dia jawab periksa ni tengah bulan puasa.  Boleh tak dia fikir jawapan ikut keadaan semasa.

Begitulah Khilfi masa kecik.