Sepanjang kita jadi pelajar mesti berkali-kali kita tukar cita-citakan?  Darjah 1 biasanya cita-cita nak jadi cikgu, polis, tentera, bomba.  Naik darjah sikit kita tukar pulak nak jadi doktor, pilot, engineer, arkitek.  Cita-cita semua taknak kalah.

Kalau ammi dulu masa kecik (masa belum masuk sekolah rendah) cita-cita nak bawak lori sampah korang.  Caya tak?  Silalah percaya.

Tiap kali ada lori sampah datang, ammi ignore je bau yang keluar dari lori tu tapi ammi kagum dengan lori tu sebab dia boleh kaut, boleh angkut sampah yang bebanyak.  Bapak ammi siap cakap "girls cannot become kuppe lorry driver".  Dulu masa kecik ammi tak panggil lori sampahlah sebenarnya.  Ammi akan panggil kuppe lorry.  Kuppe tu dalam bahasa Tamil maksudnya sampah.  E di hujung tu menggunakan e-taling ye.  Ala-ala ko sebut esok, enak, elok gitu.

Macam Kyra masa kecik dia sibuk nak jadi doktor gigi.  Sampai ke sekolah menengah pun masih kekal nak jadi doctor gigi.


Tapi kenapa doctor gigi pakai steteskop?  

Menjelang dia masuk ke tingkatan 3, dia tanya kat ammi.  "Ammi kalau kakak nak ambil forensic masa masuk U nanti boleh ke?"...ammi macam ha?  Terus terbayang muka Horatio Caine kat CSI: Miami tu.  Tiba-tiba kan nak bertukar pulak.  Takkanlah kita nak kata "NOOOOO tak boleh".    Setakat hari ni dia masih berminat dengan bidang ni...tapi kita tengoklah nanti macam mana.  Kita follow the flow.

Bila anak dah minat takkan kita nak duduk senyap je.  Kita pun carilah info sana sikit sini sikit dan cari juga syarat-syarat untuk apply course ni.  

Ammi screenshot dari Tiktok milik @marisasambungbelajar.  Mana tau ada anak-anak korang yang punya minat yang sama.  Kredit pada pemilik akaun tiktok ni.


Dalam otak seketul emak ni bila dia sebut forensik je terus ingat jenayah.  Rupanya bila dibaca sana sini banyak jenis forensik ye.  Ada Forensik Akaun (jadi yang ni mungkin tak perlu ambil subject sainslah kot.  Dorang perlu ada kemahiran dalam bidang perakaunan), ada Forensik Data (yang ni mungkin perlu mahir dalam komputer sains).  



Baca nama bidang pun ammi dah tak paham.  Apa pasal bila baca antropologi ammi terbayang sastera.  Antologi cerpen.  ahhaha.

Laluan sama je macam bidang-bidang yang lain.  Yang penting USAHA.


Belajarlah nak.  Tak boleh jadi seperti yang disenaraikan jadi lecturer subject berkaitan pun ok.  Lebih selamat rasanya dan masa raya tak perlulah awak bekerja ahaksss.

Maknya pun...tak relax langsung.

Tahun ni baru form 4.  Kita tengok tahun depan macam mana perginya cita-cita dia ni.  Kotlah tiba-tiba bertukar nak jadi chef ke, cikgu sejarah ke pulak.