10 tahun lepas, pada tanggal 14.7.2014 (bersamaan 17 Ramadhan 1435H) ammi memilih untuk melahirkan si bongsu secara caesarean awal 3 minggu dari tarikh sebenar.  Ammi dah tak larat nak angkat kaki.  Bukan aja minta dibedah, minta terus dibuat Bilateral Tubal Ligation.  Dah saya dah tak kuasa nak mengandung lagi.  Ini bukan situasi "childfree" yang heboh lately...tapi ini situasi "mengapa mahu lebih kalau 3 sudah mencukupi".  Ahaks.


Gambar tangan di atas, 10 tahun dahulu.  Masih putih kemerah-merahan.  Sedapnya cium tangan itu.  Dan gambar di bawah, alahai.  Janganlah minta dicium tangan itu.  Ngeri nak membayangkan baunya.  Mana pergi warna kemerah-merahan itu anakku?  


10 tahun lepas fresh baru keluar dari perut dah pandai nak menjelir lidah.  Tapi tetap comel.  Sekarang ammi sengaja minta dia jelir lidah tiru gambar masa dia masih bayi...dan hasilnya.  Hahhaha...dah tak payah nak menjelir-jelir lidah.  Tak comel langsung.

Dan hari birthdaynya ammi tanyalah nak ammi masak special apa untuk dia...dan jawapannya.  Daging balado.  Ehhhhhh seriuslah?  Ammi siap tanya, taknak ayam goreng, spagethi, carbonara, nasi ayam?  No...dia tetap dengan daging balado.


Nah, marilah makan daging balado bersama sup petola suhun.  Dan patutlah si kakak panggil dia "timun"...memang rupa timun dah kepala kamu bila dibotakkan gini.


Belilah juga sepotong kek buat ghaso-ghaso.  Tapi dia rasa hujung-hujung kek je.  Memang sejenis tak suka kek dari kecik.  Sudahnya lagi 8.8 daripada 9 bahagian kek ammi yang makan.


Dalam group family abah, dia pun pelik tengok gambar lama dia yang Mandak Umi share.  Hahha..pelik dengan perubahan warna sendiri yang dulu warna sekitar jam 8 pagi, sekarang dah bertukar ke 6.45 petang.

Tak kisahlah kamu cerah, kamu gelap, kamu tetap anak soleh abah ammi.