Sepanjang minggu lepas, seketul emak ni sangat rindukan anak daranya.

By the way, rentetan dari posting ammi hari Jumaat pagi tentang rindunya ammi kat anak dara, akhirnya dia call ammi sebelum tengahari hari Jumaat tu.  Dannnnnnn kami menangis bersama.  

Mula-mula masa dia call tu dia cuma "Assalamualaikum Ammiku sayanggg" dengan nada yang agak ceria.  Dengar je suara dia ammi ni teruslah "kakakkkkkkkkkkkkk" dan itulah punca kami menangis.  Teruk betullah seketul mak ni.  Suka bagi anak vibe sedih.

Katanya dia rindu sangat tapi at the same time dia penat sangat-sangat.  Nak call dari hari pertama tapi phone asyik penuh je dan bila lama menunggu dia pun surrender.  Menahan rindu jelah. Alahai kesian anak ammi.  Pastu lagi sedih bila katanya ada kawan-kawan yang nak quit.  

Tapi ammi cakaplah kat dia, kawan dia yang sibuk nak quit tu dorang homesick je sebenarnya.  Sama macam abang dulu.  Tiap 2 hari call kata nak quit, tak nak duduk situ.  Tapi sekarang?  Dialah terpaling happy balik asrama.  

Hari Khamis ni dia boleh balik dan ammi pun dah tempah tiket ETS untuk dia balik bersama kawan-kawan.  Mujur ramai juga students dari Negeri Sembilan dan Lembah Klang.  Sejam je naik ETS dari sana ke Seremban.


Tak sabar nak jumpa kakak Khamis ni.  Kita perlu adapt pada perubahan hari persekolahan.  Disana dia bersekolah dari Ahad ke Khamis.  Kalau dapat pulang bermalam...hari Sabtu kena dah hantar semula.  Tapi untuk kali pertama ni Abah plan nak hantar dia lagi.  Nak bawak Khilfi sekali tengok sekolah kakaknya.  Next balik, kakak naik ETS je dengan kawan-kawan.  


Gambar sebelum hantar dia semula ke asrama 23/6/2024 haritu.  Dalam bag tu barang-barang yang dia sebenarnya lupa nak bawa masa hari yang sepatutnya dia daftar haritu.  Mujur juga dia dapat pelepasan balik, kalau tak....kasut apakah nak dipakai dengan track suit?  Takkan kasut kulit?

Ada sorang ibu ni whatsapp ammi masa awal-awal nak beli tiket ETS.  Dia tanya, yakin ke nak lepaskan anak balik sendiri?  Ammi pun jawab, insyaallah yakin sebab dia beramai-ramai dengan kawan yang lain dan kitorang (para ibu ayah) decide untuk belikan tiket anak untuk duduk di coach yang sama.  Supaya kalau dorang terlelap bila sampai stesen adalah yang alert boleh tolong kejutkan.  Tapi kesianlah ibu tersebut, dia masih tak yakin dengan anak dia sebab katanya anak dia pendiam.  Untuk pulang wajib kali pertama dia pergilah jemput anaknya dari Segamat.  Katanya mungkin next time dia suruh anak balik sendiri.

Takpe..kita bagi masa kat ibu dan anak untuk berdepan dengan perkara macam ni.  Ammi faham, melepaskan tu tak mudah.