Terungkai rindu itu

Sepanjang minggu lepas, seketul emak ni sangat rindukan anak daranya.

By the way, rentetan dari posting ammi hari Jumaat pagi tentang rindunya ammi kat anak dara, akhirnya dia call ammi sebelum tengahari hari Jumaat tu.  Dannnnnnn kami menangis bersama.  

Mula-mula masa dia call tu dia cuma "Assalamualaikum Ammiku sayanggg" dengan nada yang agak ceria.  Dengar je suara dia ammi ni teruslah "kakakkkkkkkkkkkkk" dan itulah punca kami menangis.  Teruk betullah seketul mak ni.  Suka bagi anak vibe sedih.

Katanya dia rindu sangat tapi at the same time dia penat sangat-sangat.  Nak call dari hari pertama tapi phone asyik penuh je dan bila lama menunggu dia pun surrender.  Menahan rindu jelah. Alahai kesian anak ammi.  Pastu lagi sedih bila katanya ada kawan-kawan yang nak quit.  

Tapi ammi cakaplah kat dia, kawan dia yang sibuk nak quit tu dorang homesick je sebenarnya.  Sama macam abang dulu.  Tiap 2 hari call kata nak quit, tak nak duduk situ.  Tapi sekarang?  Dialah terpaling happy balik asrama.  

Hari Khamis ni dia boleh balik dan ammi pun dah tempah tiket ETS untuk dia balik bersama kawan-kawan.  Mujur ramai juga students dari Negeri Sembilan dan Lembah Klang.  Sejam je naik ETS dari sana ke Seremban.


Tak sabar nak jumpa kakak Khamis ni.  Kita perlu adapt pada perubahan hari persekolahan.  Disana dia bersekolah dari Ahad ke Khamis.  Kalau dapat pulang bermalam...hari Sabtu kena dah hantar semula.  Tapi untuk kali pertama ni Abah plan nak hantar dia lagi.  Nak bawak Khilfi sekali tengok sekolah kakaknya.  Next balik, kakak naik ETS je dengan kawan-kawan.  


Gambar sebelum hantar dia semula ke asrama 23/6/2024 haritu.  Dalam bag tu barang-barang yang dia sebenarnya lupa nak bawa masa hari yang sepatutnya dia daftar haritu.  Mujur juga dia dapat pelepasan balik, kalau tak....kasut apakah nak dipakai dengan track suit?  Takkan kasut kulit?

Ada sorang ibu ni whatsapp ammi masa awal-awal nak beli tiket ETS.  Dia tanya, yakin ke nak lepaskan anak balik sendiri?  Ammi pun jawab, insyaallah yakin sebab dia beramai-ramai dengan kawan yang lain dan kitorang (para ibu ayah) decide untuk belikan tiket anak untuk duduk di coach yang sama.  Supaya kalau dorang terlelap bila sampai stesen adalah yang alert boleh tolong kejutkan.  Tapi kesianlah ibu tersebut, dia masih tak yakin dengan anak dia sebab katanya anak dia pendiam.  Untuk pulang wajib kali pertama dia pergilah jemput anaknya dari Segamat.  Katanya mungkin next time dia suruh anak balik sendiri.

Takpe..kita bagi masa kat ibu dan anak untuk berdepan dengan perkara macam ni.  Ammi faham, melepaskan tu tak mudah.

Post a Comment

25 Comments

  1. Kenapa akak x rasa erk macam ammi rasa, ke sebab Dania sejenis independent? Lepas tu akak plak jenis 24hr sibuk dengan kerja..jumpa pun weekend je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb Nia kat U kot kak. Dia boleh bawak handphone, dan boleh je nak wasap or call anytime. Macam budak sekolah nak-nak under KPM, kenalah harapkan public phone je

      Delete
  2. alhamdulillah....mesti syahdu je. tambah2 anak perempuan kan...
    alahai ..mcm mana la aku nanti.. the time will come, kena lepas kan anak2 dr bawah ketiak kita kan... mesti hujan lebat jugak aku nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..boleh. Bila dah masuk U takpe kot sebab anak ada handphone

      Delete
  3. memang sgt tak mudah..saya cuma bersedia melepaskan bila anak dh masuk matriks...sama mcm saya sendiri dulu, mula berpisah dgn keluarga (1st time dok hostel) bila masuk matriks la!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun. 1st time jauh dari family masa masuk U. Tapi anak-anak ni nak pulak masuk asrama, kita ikutkan, tapi pastu kita yg sedih

      Delete
  4. comelnya dia rindu. bila dah jauh baru la rasa rindu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila depan mata manjang je kena marah

      Delete
  5. Replies
    1. ye..dapat dengar suara pun dah syukur

      Delete
  6. Insyaallah dia akan lebih berdikari lepas ni. Saya dulu seawal tingkatan 4 pun ke sana ke mari naik bas ekspress sorang2, mak abah macam tak kesian pun kat saya huhuk... Tapi alhamdulillah saya okey je gi mana2 sorang2 sekarang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...budak zaman kita dgn budak zaman sekarang macam berbeza. budak zaman sekarang sejenis semua bersuap kot

      Delete
  7. Oh, ialah.. waktu bekerja dan persekolahan berbeza di Johor. Tapi kira ok sebab Ammi Jumaat WFH, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..at least dapatlah spend time together. tp kengkadang kene kerja juga

      Delete
  8. semoga yang baik-baik je...
    kalau di ingat2...macam mana lah mak ayah linda dulu ye...
    sebab semua memang linda buat sendiri...
    dari bersekolah menengah di pekan yang hampir sejam dari rumah, smpailah di pantai timur sana...
    mungkin jugak sebab linda sorang yg gamble, jadi, ok je diorg lepaskan...tapi, tak tau lah di sudut hati macam mana..
    tapi seketul linda nie, hahaha...explore merata...naseb baik mak tak lepaskan ke sarawak dulu2, kalau tak..dah smpai brunei jugak nie..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejenis campak kat celah batu pun boleh survive ye linda

      Delete
  9. mak-mak mmg hati tissu lah terutama bila jauh dgn anak kan ammi

    ReplyDelete
  10. indahnya kan bila ada anak perempuan.,. ammi... mcmn ni.. ldy jeles.. ldy selalu rasa ldy salah didik anak.. ldy xpandai didik anak :( :( :(.. dlu ldy selalu fikir nk bg anak pd org lain sebab ldy bimbang ldy akn jadikan anak2 ldy xbaik, xbagus.. :( :(.. tp ldy kuatkan diri... doakan ldy smg menjadi ibu yg baik n ank2 ldy jd ank2 yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ldy, insyaallah ldy boleh jadi ibu yg baik. Allah memang bagi tiap ibu tu sifat belas dia pada anak-anak. kita treat je anak tu sebagaimana mereka perlu ditreat. Insyaallah, lepas dah treat anak dengan baik, baiklah tu nanti. jangan marah2 anak sangat ye

      Delete
  11. Alhamdulillah.. rindu yang terlerai. Kalau dapat jumpa nanti lagi lah lain macam huhu
    Pertama kali anak naik ETS memang begitu kebimbangannya.
    Mungkin Ammi boleh bertanya kepada PKHEM untuk student jauh yang naik public transport benarkan anak bawak HP. Nanti dah sampai sekolah pulangkan semula.
    HP tu nanti bolehlah anak2 pasang few alarm untuk diorang alert.
    Tapi kalau sejam dan excited nak balik mungkin mereka tak sempat tidur atau terlepas stesen.

    ReplyDelete
  12. LM pun selalu rindu anak.tak tau la kenapa. dulu kakak maisarah kat UM duk asrama. balik tiap minggu pun rindu walau dekat. bila dia berulang 2 sem terakhir duk rumah baru rasa ok sikit. anak ke 2 kat poli perak.kalau dia tak balik tiap minggu mula rasa rindu.tiap pagi petang malam duk wasap. nmbr 3 tu lagi la.memang balik 2 minggu sekali.asrama tu public phone memanjang penuh.memang dia tak call sangat sebab form 1 ramai guna telefon. huhu

    2 hero bongsu tu walau duk rumah kalau g sekolah jap pun ummi rindu.camne tu?

    ReplyDelete
  13. I feel you Ammi.. sbb pernah lalui. Masa tu anak baru naik tingkatan 1 dapat asrama. Hari2 I nangis.

    Teringat kwn2 FB pujuk..
    "Kita je nangis, entah2 anak tu tgh happy2 dpt kawan2 baru.".

    Haha.. rupa2nya my daughter pun sama nangis time kena basuh baju sendiri, teringat Mama.

    ReplyDelete
  14. Saya sejenis homesick Ammi...duduk kolej kat Shah Alam jek pon, tapi homesick macam kena belajar kat London hahaha...
    Kalau zaman muda dulu, umo 13-14 Mak saya dah lepaskan naik transport awam sendirik, tapi saya yang penakut...so umo dah 17 baru berani betul...Zaman sekarang ni pulak kena ikut keadaan kan...janji safety first...zaman dulu ke sekarang ke apa-apa kena berhati-hati..in sha ALLAH OK...

    ReplyDelete
  15. Terkadang saya jealous dengan hubungan ibu anak yg akrab sangat seperti kak Amy dan kyra. Krn hubungan saya dan parents saya tak bisa seperti itu dulu. Mungkin Krn mereka mendidik pakai sistem militer, JD saya tak merasa bisa dekat dalam segala hal. Yg saya ingat, sebisa mungkin saya mau selalu jauh. Makanya ketika di Penang, 4 tahun full saya tak pernah pulang.

    Sekarang mungkin Krn papa mama dah tua juga, hubungan kami dah mulai dekat lah, tapi blm bisa sedekat itu juga. At least utk memeluk saja saya masih awkward kadang.

    ReplyDelete