Ini kisah hari Khamis (4.7.2024). Hari yang sangat abah dan ammi tunggu-tunggu.
Pagi ammi ke office macam biasa, tapi hari tu ammi pergi dengan abah sebab abah ada kerja di Subang. Ammi siap pesan kat abah, jangan lupa anak dara kita sampai di Stesen Keretapi Seremban pukul 4.20 hari ni. Kang abah terlajak kerja sampai lupa pulak. Sepatutnya kerja abah boleh siap dalam masa sehari je (Rabu) tapi abah tertinggal satu cable kat rumah. Dah terpaksa datang semula hari Khamis.
Dalam pukul 2 lebih abah call kata dah siap kerja, nak gerak balik. Ammi pun lelaju message boss (sebab ada orang janji nak datang collect barang). Ammi tunggu dari sebelum lunch sampai ke sudah dia tak datang. Boss kata orang tu cuma boleh datang dalam pukul 4-5 petang. Huhuhu...tak koso den nak tunggu. Dan boss pun bagi greenlight balik awal.
So, sekitar jam 3 lebih kami dah sampai Seremban. Awal sangat.
Singgah sini dululah, lama dah tak datang "rumah" mama.
Terik sangat cuaca. Mujur ada payung dalam kereta. Rumput atas kubur mama pun dah banyak, batu nisan pun dah bertukar warna. Abah dan ammi cabut-cabut rumput je. Nanti ktiorang datang lagi cuci-cuci rumah mama ni ye.
Ammi ni sekejap-sekejap tengok telefon. Macam nak tunggu boyfriend pulak gayanya.
Gambar yang dikongsi NYDP PIBG sekolah Kyra. Beliau yang uruskan pelajar-pelajar yang nak naik ETS dari Gemas ke Utara. Bersyukur ada team PIBG yang tak lepas tangan bab-bab kebajikan anak-anak yang jauh dari keluarga ni. Untuk perjalanan pertama ni bus dari sekolah ke stesen keretapi ditaja separuh oleh PIBG dan separuh lagi oleh bapa pada salah seorang pelajar Tingkatan 1. Terima kasih Encik Ihsan yang menaja.
Lepas-lepas ni kita akan berkongsi-kongsilah harga sewa bus tu.
Kelihatan anak dara yang ditunggu. Dari jauh dah nampak dia tersengih.
Alhamdulillah...selamat sampai anak-anak Seremban. Masih ada anak-anak lain dalam keretapi kat depan tu yang nak teruskan perjalanan ke KL Sentral, Sungai Buloh, Batang Kali. Mak ayah yang lain semua risau janganlah anak-anak tu seronok "tertidur" dalam tren. Yelah budak-budak asrama mana pernah cukup tidur.
Sempat ajar kawan-kawan lain yang tak reti nak touch out. Yelah masing-masing first timer.
Dan, budak dari Segamat dah sampai Seremban. Budak Seremban sendiri belum keluar dari kelas KAFA. Kenalah tunggu pulak budak kecik ni dulu.
Ammi patutnya ambil video untuk record keterujaan muka Ozil masa nampak kakak ada dalam kereta. Ammi pun tak expect reaction dia akan macam tu. Rindu sangat dengan kakaknya.
Awak dah besar nanti, kalau abah ammi dah tak ada, awak kena selalu ada dengan kakak tau. Kena ambil tau hal kakak, masalah kakak. Kalau suami kakak tak appreciate kakak, sila berdiri di belakang kakak.
6 Comments
alhamdulillah.. alahai..seronoknya Ozil jumpa kakak yer...
ReplyDeletemak2 sgt hehe bab2 rindu anak2 tu..my zharfan dh ada dpn mata ni..cuti sampai awal oct ;)
ReplyDeleteDapat bayangkan betapa excited nya Ammi tunggu anak dara Ammi yang seorang ni balik dari asrama. Bagus la, dah boleh berdikari pandai naik ETS sendiri 😊
ReplyDeletewahhhhh pandainya naik ETS sendiri! Ana yg dah besar pnjg ni pon blm berani naik sendiri hehehe
ReplyDeleteseronok kan bila anak ada depan mata..akak ni Jumaat nak daftar kakak Nia masuk belajar semula..honeymoon 3 bulan dah abes..kejap aje masa berlalu...
ReplyDeleteKita pun tumpang teruja hehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat ye Kyra. Lepas ni senang hati sikit kan sbb dah ada pengalaman wpun baru pertama kali balik sendiri.