Minggu lepas kali terakhir ammi nampak Aswad hari Jumaat sekitar waktu petang masa ada orang datang buat lawatan tapak kat rumah ammi.
Malam Aswad tak balik. Sesuatu sangat. Sebabnya budak kecik ni sejenis yang cepat lapar. Dia keluarlah camna pun, asal orang bukak pintu je dia sekor je yang akan tercongok depan pintu pastu terus meluru masuk pergi cari makanan dia. Tapi ni tak nampak bayang.
Ammi tetengah malam hari Jumaat tu keluar ke porch mencari, panggil-panggil dia. Tempat dia selalu duduk pun tak ada. Cari bawah kerusi kat porch semua tak ada. Dia ni sebenarnya ada masalah pendengaran tau. Kalau kita panggil biasa-biasa dia memang kurang dengar. Kena panggil kuat.
Sebelum tidur ammi letak kibbles kat luar pintu. Kotlah dia balik. Esok pagi kibbles tu tak berluak. Allahhhh tau tak ammi rasa apa? Sedih korang. Ini baru anak kucing yang keluar tak balik, kalau anak sendiri camna ntah libang libu hati ni kan. Mama dia si Zaitun tu pun boleh tahan risau. Segala celah dalam rumah dia intai cari anak dia sambil mengeow panggil anak dia.
Anak-anak bulu memang timing dorang makan wet food belah pagi sekitar pukul 5.15 camtu. Jadi ammi sediakan wetfood dorang, sambil buka tingkap dapur panggil-panggil nama Aswad, buka pintu depan panggil lagi. Ehhhh dia tak muncul.
Dalam hati dah terbayang, dia kena langgar kereta or kena makan dek anjing je.
Petang Sabtu, si abang dah tak senang duduk. Dia tanya, "boleh tak kalau Alip nak jalan kat bawah cari Aswad. Alip nak pergi rumah atok Jabber tanya kalau ada nampak". Pergilah nak.
Masa ni ammi dah start sakit perut. Apakah ammi gastrik sebab stress kehilangan kucing? Hahha...pandai je nak menyalahkan kucing.
Dia balik hampa. Abah balik main bola tu siap round naik motor cari dia kat belakang rumah, tepi longkang bagai. Tak ada. Lagi bertambah sedih seketul ammi ni. Dahlah sakit perut, anak pulak hilang.
Kitorang dinner agak lewat haritu sebab mencari si kecik ni. Dah nak hampir Isyak, abah buka pintu sebab nak ke surau ammi dari dapur dengar abah cakap "pergi mana ni tak balik-balik. Mama dia risau, semua orang risau".
Bila Aswad berlari ke dapur, Ya Allah ammi terus dokong dia ammi menangis. Aduhhhh drama akasia waktu Isyak betul. Dengan badan dia yang terasa ringan betul. Letak wetfood dia siap bertambah-tambah dia makan sambil buat bunyi bila ammi tanya dia macam-macam soalan (dia jawablah agaknya kan mana dia pergi).
Si cantik manis ammi yang senget ni...dah nak 11 bulan usianya. Kepala dia memang senget tau. Kalau dia jalankan kadang-kadang terasa macam tengok cerita hantu orang kene rasuk merangkak sambil teleng kepala tu.
Manalah dia pergi agaknya selama lebih 26-27 jam tu entahlah. Kalau kata orang ambil takkan tak bagi dia makan. Sebab masa ammi dokong tu dia memang lapar, rasa ringan, pastu dia punya haus tu jangan ceritalah. Dia minum tak pandang kiri kanan.
Ozil siap cakap "Alip rasa dia pengsanlah ammi kat atas bumbung sebab tu alip panggil dia tak dengar".
Lepas ni jangan nak hilang-hilang lagi tau Aswad.
16 Comments
Paham sangat perasaan tu Ammi ... Tak kisah lah anak bulus pun, tetaplah kita as a mak ni risau. Apapun alhamdulillah dah selamat kembali si Aswad ni. Agaknya sesat kot ...
ReplyDeletekucing yg jenis lepas bebas gini memang tinggi risiko utk hilang laa esp kalau kena langgar kat mana2...anyway syukur lah si aswad ni dh balik dgn selamat
ReplyDeleteAswad ni kan....buat ammi risau aje ye...lenkali kalau nak hilang, hilang kat rumah aunty SA...bleh gemuk macam Brown
ReplyDeleteAlhamdulillah Aswad dah ditemuui..
ReplyDeleteYa Allah, ikut sebak kita tengok Aswad dah balik. Syukurrrr.
ReplyDeleteAswad ohh aswad, Alhamdulillah dah balik.
ReplyDeletesapela x sayang kucing tapi ada kan mama., huhu
ReplyDeletenak kena babab aswad niii....
ReplyDeletebuat ammi risau ni...
Aduh, paham perasaan tu ammi sebab pernah melaluinya. Pakaikan dia rantai leher ammi yang ada lonceng boleh kita tahu lokasi dia mana. Guna rantai yg lain, yg buat kita kenal dia. Comel budak ni, elok je bulu dia jangan ada orang culik sudahla.
ReplyDeletefaham sgt perasaan bila anak bulus hilang sbb Mak Ana pun pernah kehilangan anak bulus & rupanya mati digigit anjing T__T
ReplyDeleteAda siri baru ya ammi…drama Akasia waktu Isyak 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah…lega sungguh bila yang ditunggu dah selamat balik.
Kat rumah saya ni ada seekor kucing datang, selalu lepak dan nak bermanja dengan kita. Jadi saya sediakanlah makanan kucing. Cuma risau kot ada tuan, marah/risau pulak tuan dia bila kucing tak balik rumah.
Aswad..aswad..awat la bagi mama risau..ape pun alhamdulillah dah balik pun..
ReplyDeleteKalau memang penyayang kucing ni macam boleh faham rasa dia.....
ReplyDeleteSedih sebab kucing Cuya tak balik2
ReplyDeleteAgaknya pergi cari girlfren.. sampai hati dia tknk balik kt Cuya
Dahla sini susah ada kucing
bukan saja viral org hilang sejak kebelakangan ini. Kucing2 pun dah mula hilang. Mujurlah selamat kembali ke rumah...
ReplyDeleteI feel you kakak. Sempat sediiih sangat baca awal2 cerita . Tp ketika Aswad ternyata balik, saya ikut gembira 😍😍😍. Bagi saya anak2 bulu ini bagai anak saya sendiri. JD tau sangat sedihnya kalo mereka hilang 😭
ReplyDelete