Cerita minggu lepas

Minggu lepas minggu yang agak tenang-tenang dipejabat.  Hari Rabu pukul 3 lebih ammi dah balik.  Kebetulan boss ada meeting diluar jadi dia tolong hantarkan ammi di KL Sentral.  

Hari Khamis pulak sekitar jam 4.30pm ammi dah sampai stesen MRT.  Masuk je dalam grab car terus hujan turun mencurah-curah.  Alhamdulillah dapat cari grab awal, kalau tak hmmmm.


Nampak betapa lebatnya hujan sampai tempiasnya menembak-nembak muka ni.

--> Psstt...tempias menembak muka ke? Apa perkataan sesuai?


Dalam gambar nampak tenang je, tapi diluar gambar sangat kencang anginnya.

Hari Jumaat macam biasa ammi work from home.  Ammi perlu failkan dokumen di Mahkamah setelah dapat kata putus dari pihak satu lagi.  Jadi awal-awal lagi ammi dah cakap ngan abah, ammi tak ikut nak jemput Khilfi tengahari nanti.  Tapi minta abah belikan popia basah sedap.

Tup-tup pukul 10 boss call kata tak perlu filing.  Pihak lawan minta penangguhan.  Dah jomlah siap-siap.  Kita boleh menjemput anak teruna.


Khilfi dah berpindah dorm.  Pindah sementara duduk di bangunan Alumni di bawah sekolah, sebab blok hostelnya sedang ada major roof rectification.  Budak-budak form 1 sedang berPDPR.  Giliran batch form 2 mungkin awal bulan 10 nanti. Risau ammi bila ada sessi PDPR ni. Risau game lebih menguasai masa.

Yang ammi tanda anak panah, itulah bangunan kelas dan hostel mereka.  Jauh woooo nak menapak keatas.  

Hari Jumaat dorang balik dari solat Jumaat pun bus hantar ke atas sebab senior-senior masih ada yang tinggal di blok lain di atas.  Lama menunggu, bayang si anak ni tak juga nampak.  Rupanya dia naik bus terakhir dari masjid.  Sebab lama nau menunggu kami pun naiklah atas.  Kot-kotlah anak ni tunggu kami kat atas ke.  Payahkan nak berkomunikasi kalau tak ada handphone ni.

Naik tengok dia tak ada.  Bila kami sampai di bawah semula tengok dia pun naik bersama begnya.    



Patutlah kurus dah anak ammi ni.  Ada hikmahnya awak bersekolah di antara sekolah yang paling tinggi kedudukan geografinya.  

Abah kata "bayangkan dulu atok naik bus, bus berhenti di bawah, pastu kena jalan kaki naik bukit sebab nak ziarah maklang dan pakcik".  Masa pakpis kat sekolah ni atuk dah ada motor tapi semput jugaklah motor nak naik bukit tinggi ni.  

Next siapalah agaknya waris Haji Jamil yang akan bersekolah disini?  Ozil awal-awal dah kata taknak. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Nak guna perkataan terpercik pun rasa tak sesuai jugak kan. Baca pasal sekolah Khilfi ni pun dah semput nafas, belum lagi yang kena naik anak tangga setiap hari tu 😅

    ReplyDelete
  2. Tak apa, Ammi. Remaja masih banyak tenaga lagi. Kadang2 Sk pelik bila teringat dulu boleh jalan berkilometer naik bukit turun bukit pergi sekolah, cuba skrg??! Syoknya kerja Ammi boleh balik awal.

    ReplyDelete
  3. tempias hujan membasahi muka kot..mak aiii..jauhnya dorm Khilfi..kalu aunty mau mintak belajar dari rumah ni...

    ReplyDelete
  4. Aisssh kak seram juga lihat hujannya. Bisa saya bayangkan deras sangat sampai percikan air kena ke muka.

    Orang2 tua zaman dulu suka yaa bercerita ttg susahnya mereka dulu bersekolah 😄..papa saya pun begitu. Cerita harus jalan kaki 8km, kalo skr, pakai driver. Tapi kan zaman dah berubah, anak saya jalan kaki 8km, rasanya sampai esok pun tak sampai2 🤣🤣

    ReplyDelete