Lepas jemput je seketul budak ni dari sekolah, jam pun dah hampir pukul 3 lebih.  Tak lapar?  Ehhh haruslah.  Tapi mujur juga masa on the way pergi tu ammi dah beli makanan alas perut untuk abah & Ozil yang nak solat Jumaat, untuk ammi yang nak menunggu dorang habis solat Jumaat.  Jadi takdelah kebulur sangat.

Makan dekat area-area sekolah dia je.  Lupa pulak ammi nama kawasannya.  Sampai kedai tu adik kedai tu cakap "cik, tinggal mee dengan mee tiaw je, nasi semua dah habis".  Baiklah.  Mee tiaw pun mee tiaw lah.


Ammi pun orderlah 'mee tiaw' kari.  Biasa-biasa je rasanya.  Ada rasa rempah yang tak berapa betul nak garing.

Abah dan Ozil order mee goreng.


Khilfi?  Dia tak order.  Dia dah tapau sesiap masa kat masjid tadi.  Masjid memang jual dalam plastik dan gulung-gulung gini je dan anak ammi ni pulak parking mee gulung ni dalam poket seluar dia.  Alahaiiii anak.

Nampak turun kereta dia jalan berlenggang, sekali ammi order ehh dia keluarkan makanan dia dari poket.  

Pastu disebabkan ammi nak makan popia basah kedai MakYa di Ujong Pasir, tapi abahnya malas nak kedai MakYa, jadi kita beli je kat Food Court di Sungai Putat.  Dari kedai yang sama abah kata.


Setakat ini ammi rasa popia basah ini yang paling kena dan ngam dengan tekak sebab dia tak guna sambal yang manis.


Dia pakai kuah kacang yang halus mulus teksturnya.  Masa mula-mula order dulu ammi macam "alaaaaa...apsal pakai kuah kacang, sekali bila dah cicah tu perghhhh, mantap".


Walaupun dari kedai yang sama tapi kenapa rasa kalau beli di kedai asal lebih sedap dari yang beli di kedai lain?

Kena pergi beli kat kedai MakYa juga nampak gayanya ni.  Jangan durhaka sama makcikmu, suamiku.