Hari Jumaat lepas genap usia along ammi 49 tahun.  Message dia awal pagi ajak gi makan-makan.  Adik along ni memang tak reti nak bagi hadiah surprise-surprise.  I cakap straight to the point je.  Arwah mama selalu cakap ammi anak kurang perasaan.  

Sebelum abang ipar ke solat Jumaat dia datang jemput ammi dirumah dan drop off kami di Aeon S2.  Mana nak pergi ntah.  Nak makan apa pun taktau.  Tanya birthday girl..."ikut awaklah, suka awaklah".  

Hmmmm tengok banyak tempat yang full.  Dulu ammi perasan dan pernah makan kat Manhattan Fish Market tapi macam dah tak ada.  Lama nau ke ammi tak jejak sini?

Sudahnya kami ke Kenny Rogers je.  Pastu memasing sebek sebab KR ni antara favourite spot arwah mama.


Dah sampai kat sini baru ammi macam... "should have invited amayee as well"...amayee tu aunty ammi.  Last 2 weeks kitorang plan nak mengopi tapi terpaksa cancel sebab along ammi ada hal urgent di KL.

Ammi pun cakap ngan anak buah and along ammi "don't post it anywhere...amayee nampak karang merajuk pulak"... yelah hati orang umur 77 tahun jangan dibuat main ye.


Ammi pun lama dah tak makan KR ni.  Rasanya last makan masa duduk di KL dulu.  Ammi pun dah setahun lebih pindah ke Seremban.


Selesai makan jomlah menapak jap dalam mall nak cukupkan daily steps.  Steps yang tiada kualiti.  

Balik lelaju sebelum asar sebab ammi malas nak solat dalam mall tu, pastu buat-buat macam ada hal urgent padahal kitorang dah ada plan dengan abang ipar nak celebrate birthday along malam nanti.

Permulaan Julai bawa kegembiraan buat along dan keluarga bila mana si baju hitam ni bertunang, tapi siapa sangka dipenghujungnya gelora melanda.  Along dan suami terpaksa ambil keputusan untuk tamatkan pertunangan sebab banyak sangat red flags pada si lelaki tersebut yang hanya muncul selepas dirinya bergelar tunangan.  Biar sakit sekarang Alya daripada awak "sakit" selepas kahwin nanti.  Ramai dah orang kurang waras sekarang ni.  Mujur juga masa ammi buat posting tentang majlis pertunangan ammi tak letak langsung gambar keluarga lelaki mahupun lelaki tu sendiri.  

Bertabahlah semua, kita memang merancang.  Allah yang menentukan.