Happy Birthday Chechi

Hari Jumaat lepas genap usia along ammi 49 tahun.  Message dia awal pagi ajak gi makan-makan.  Adik along ni memang tak reti nak bagi hadiah surprise-surprise.  I cakap straight to the point je.  Arwah mama selalu cakap ammi anak kurang perasaan.  

Sebelum abang ipar ke solat Jumaat dia datang jemput ammi dirumah dan drop off kami di Aeon S2.  Mana nak pergi ntah.  Nak makan apa pun taktau.  Tanya birthday girl..."ikut awaklah, suka awaklah".  

Hmmmm tengok banyak tempat yang full.  Dulu ammi perasan dan pernah makan kat Manhattan Fish Market tapi macam dah tak ada.  Lama nau ke ammi tak jejak sini?

Sudahnya kami ke Kenny Rogers je.  Pastu memasing sebek sebab KR ni antara favourite spot arwah mama.


Dah sampai kat sini baru ammi macam... "should have invited amayee as well"...amayee tu aunty ammi.  Last 2 weeks kitorang plan nak mengopi tapi terpaksa cancel sebab along ammi ada hal urgent di KL.

Ammi pun cakap ngan anak buah and along ammi "don't post it anywhere...amayee nampak karang merajuk pulak"... yelah hati orang umur 77 tahun jangan dibuat main ye.


Ammi pun lama dah tak makan KR ni.  Rasanya last makan masa duduk di KL dulu.  Ammi pun dah setahun lebih pindah ke Seremban.


Selesai makan jomlah menapak jap dalam mall nak cukupkan daily steps.  Steps yang tiada kualiti.  

Balik lelaju sebelum asar sebab ammi malas nak solat dalam mall tu, pastu buat-buat macam ada hal urgent padahal kitorang dah ada plan dengan abang ipar nak celebrate birthday along malam nanti.

Permulaan Julai bawa kegembiraan buat along dan keluarga bila mana si baju hitam ni bertunang, tapi siapa sangka dipenghujungnya gelora melanda.  Along dan suami terpaksa ambil keputusan untuk tamatkan pertunangan sebab banyak sangat red flags pada si lelaki tersebut yang hanya muncul selepas dirinya bergelar tunangan.  Biar sakit sekarang Alya daripada awak "sakit" selepas kahwin nanti.  Ramai dah orang kurang waras sekarang ni.  Mujur juga masa ammi buat posting tentang majlis pertunangan ammi tak letak langsung gambar keluarga lelaki mahupun lelaki tu sendiri.  

Bertabahlah semua, kita memang merancang.  Allah yang menentukan.

Post a Comment

9 Comments

  1. Happy birthday Along...be strong Alya, allah jauhkan sebab ada yang lebih baik dari lelaki itu...bagus elak dari dah di alam perkahwinan kan..you still young dear..

    ReplyDelete
  2. sedey plak baca kisah pertunangan tu..better be safe than sorry..moga yg baik2 ajer utk ur niece tu dan kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir utk Along ammi...moga sentiasa sihat,moga yang baik2 sentiasa mengiringi keluarga ammi...

    ReplyDelete
  4. slmt hari lahir buat Along
    ogos bulan pun kelahiran ank kedua cik nur

    ReplyDelete
  5. Happy birthday along..anggap sahaja apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  6. Bab bertunang kemudian putus tu memang pahit untuk ditelan tapi manisnya bila lelaki tu banyak red flag, awal-awal lagi kita dah angkat kaki. Moga allah permudah jodohnya lepas ni dan jumpa lelaki yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. Sesekali kita spend masa untuk birthday girl. Happy birthday along Ammi.
    Allah maha baik bagi petanda awal supaya anak buah Ammi dapat jodoh yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. Waaah dah lama saya tak makan KR. Dulu di jkt ada. Tp pas pandemi tutup pula dia 😔. Fav saya juga nih.

    Betul kak, LBH bagus putus di tunang, drpd saat nikah nanti. Apalagi kalo sudah ketahuan red flags.

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday along...

    tak apa laa kalau tak ada jodoh drpd kita berkahwin dgn lelaki yg salah...

    ReplyDelete