Hari Sabtu ke Jumaat ntah Kyra call ammi dari hostel.  Dah borak-borak then dia cakap..."ammi, ammi nak tau tak.  Kakak kena reject".  Ha?  Siapa yang reject kakak?  Ingatkan ini kes perigi mencari timba ke apa.  

"Kakak kena reject dengan cikgu BADAR".

BADAR ni singkatan untuk Badan Agama Dakwah dan Kerohanian.  Gitulah rasanya.

Pemilihan ahli BADAR tingkatan 4 ni dah dibuat awal sebenarnya.  Masa awal-awal Kyra masuk (19/6/2024) tapi disebabkan dia daftar dan kemudian balik semula pada (23/6/2024), jadinya adalah pelajar-pelajar lain yang terpilih untuk jadi ahli.  

Yang dia ni pula cubalah nasib bagi nama kat cikgu, tapi cikgu tak pilih.


Dari suara dia jelas dengar kekecewaan sebab katanya "kakak selalu juga disuruh jadi leader kumpulan usrah, kriteria apa ntah cikgu nak".  

Banyak kali juga ammi nampak gambar dia selalu take part dalam sessi usrah tapi nak buat macam mana.  Mungkin ada yang lebih layak. 

Takpelah kakak, ikhlaskan je hati tu bila diberi tugasan usrah.  Setiap apa yang kakak kongsikan tu, kalau membawa kebaikan insyaallah ada ganjaran dari Allah untuk kakak.