Kecewa bila kena reject

Hari Sabtu ke Jumaat ntah Kyra call ammi dari hostel.  Dah borak-borak then dia cakap..."ammi, ammi nak tau tak.  Kakak kena reject".  Ha?  Siapa yang reject kakak?  Ingatkan ini kes perigi mencari timba ke apa.  

"Kakak kena reject dengan cikgu BADAR".

BADAR ni singkatan untuk Badan Agama Dakwah dan Kerohanian.  Gitulah rasanya.

Pemilihan ahli BADAR tingkatan 4 ni dah dibuat awal sebenarnya.  Masa awal-awal Kyra masuk (19/6/2024) tapi disebabkan dia daftar dan kemudian balik semula pada (23/6/2024), jadinya adalah pelajar-pelajar lain yang terpilih untuk jadi ahli.  

Yang dia ni pula cubalah nasib bagi nama kat cikgu, tapi cikgu tak pilih.


Dari suara dia jelas dengar kekecewaan sebab katanya "kakak selalu juga disuruh jadi leader kumpulan usrah, kriteria apa ntah cikgu nak".  

Banyak kali juga ammi nampak gambar dia selalu take part dalam sessi usrah tapi nak buat macam mana.  Mungkin ada yang lebih layak. 

Takpelah kakak, ikhlaskan je hati tu bila diberi tugasan usrah.  Setiap apa yang kakak kongsikan tu, kalau membawa kebaikan insyaallah ada ganjaran dari Allah untuk kakak.

Post a Comment

12 Comments

  1. Takpe Kyra, mesti ada yg lebih baik utk Kyra tu. Be positive 🌹

    ReplyDelete
  2. ala siann.. in sya Allah, ada la hikmahnya tu

    ReplyDelete
  3. mungkin ada position lain cikgu reserve utk kakak. be string girl. jangan kuciwa dulu

    ReplyDelete
  4. Cikgu tu tak terangkan ke kenapa Kyra kena reject? At least Kyra tau la takde la rasa kecewa sangat.

    ReplyDelete
  5. Lama tak dengar perkataan BADAR tu.. Insya-Allah, ad rzki lain tu

    ReplyDelete
  6. Takpe..ada peluang yang lebih baik lagi untuk Kyra, insyaallah

    ReplyDelete
  7. cian kyra... tak per, ada hikmah lah tu

    ReplyDelete
  8. jangan sedih kakak,ada yang lebih baik tengah tunggu tu..mungkin diaorang nak calonkan Kakak jawatan lagi tinggi sebagai President badan wakil pelajar

    ReplyDelete
  9. Kita dengar suara dia kecewa, apatah lagi tuan badan punya kecewa dan sedih dia kan. Takpelah, niat segalanya kerana Allah. Pasti ada ganjaran yang baik. InshaAllah.

    ReplyDelete
  10. Semoga nanti ada kesempatan yg lebih bagus utk kyra yaa ❤️🤗🤗

    ReplyDelete
  11. mungkin cikgu nak kyra jadi leader lain kot...

    ReplyDelete