Ini kisah sehari sebelum ammi diserang gastrik dan hari dimana Aswad hilang dari radar.

Pagi Jumaat tu ammi work from home dan macam biasalah kalau rajin ammi pergi briskwalk di awal pagi lepas Ozil ke sekolah.

Balik dari briskwalk ammi sambung terus menyapu dan bersihkan porch.  Tiba-tiba datang pulak angin taufan dalam diri.  Tiba-tiba rasa marah bila ammi menyapu di depan longkang bila tengok keadaan longkang yang makin teruk.

Terus je laju tangan mengarang ayat di Facebook.  Kita guna cara lembut, kita call, kita hantar aduan online dorang buat taktau meh sini kita tembak cara camni pulak.



Ammi tag terus Majlis Bandaraya Seremban dan pejabat Keadilan DUN Sikamat.  Motif tag parti ini sebab ammi pun taktau.  Mungkin sebab ammi pengundi di DUN Sikamat.  Dan DUN Sikamat ni DUN Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lagi satu sebab ammi pernah komen kat FB Keadilan dan dorang minta ammi PM details ammi (alamat dan nombor phone).

Ammi buat posting pagi, dalam pukul 3 lebih lepas ammi layan badminton, baru je nak lelap mata ehhhh ammi dengar bunyi orang bagi salam.


Ohhh orang dari pejabat parti datang.  Ammi suruh abah keluar dulu sebab ammi kenalah pakai sopan sikit.  Ammi keluar je orang tu pun macam bagi intro pastu dia cakap "tapi Puan salah tembak tu Puan".  Ammi terus macam "apa maksud salah tembak?"

Katanya, kawasan ammi ni dah diluar kawasan "jajahan" dorang.  Ammi teruslah cakap "jadi, kalau dah rasa luar kawasan masa saya bagi details saya kenapa tak terus je cakap dengan saya, kan senang.  Tak adalah saya tak pasal-pasal tag orang yang salah".   Dan jawapan dia "takpe Puan, kami settlekan masalah Puan.  Lagipun tadi Puan kata Puan mengundi kat kawasan Menteri Besar".  Ahaks...kena petik nama MB baru jalan ke camna?


Masalahnya mana perginya orang Majlis Bandaraya Seremban?  Tidurkah mereka?  Mana perginya report SISPAA ammi?  Sekadar memenuhkan docket merekakah?


Katanya dorang akan panggil contractor datang, buat pemantauan lanjut, buat costing bagai.  Tapi yang tak bestnya katanya "antara punca jadi rekahan ni sebab kereta keluar masuk parking ni".  Hahahahah jangan buat kelakar boleh?

Ammi ni teruslah macam "takkan kita nak parking kat luar?  lagipun takkan sebab kita park kat dalam longkang kat bawah ni merekah? macam tak logic je."  Bila dah keluar ayat camni, nada dah tak biasa-biasa ye.  Nada dah confirm-confirm nada sinis.


Adakah rekahan dalam longkang ni berpunca dari kami parking kat dalam rumah?  Longkang depan rumah ammi ni tak pernah ada air mengalir ye walaupun hujan lebat.  Air mengalir kat longkang jiran sebelah kiri, pastu tak lalu rumah ammi dan muncul balik di rumah jiran sebelah kanan.  Halimunan ke apa longkang ammi ni?

Masa arwah mama duduk rumah ni memang tak ada sapalah juga park kat dalam setiap hari kecuali motor adik ammi sebab memang tak ada kereta.  Kalau ammi balik hujung minggu barulah kami park kat dalam.  Tapi lepas tu since PKP 2020 kami memang jarang sangat balik.  Nak-nak bila mama meninggal tahun 2021.

Tapi sejak ammi pindah ke sini bulan 3 tahun 2023, memang ammi tak pernah parking kat dalam pun.  Terpaksa parking kat luar rumah sebab ngeri nak masuk parking.  Memang kat depan itulah abah park kereta setiap hari.  Masa awal tu macam segan juga nak park luar sebab risau mengganggu jiran nak keluar masuk parking.  Tapi mujur dorang dah faham situasi.

Kita tengoklah nanti apa perkembangan kes longkang ammi ni.

Dah lebih setahun laporan dibuat.  Ammi pun pernah mengomel kat dalam blog ni pasal hal kerosakan ni.  Dan regangan longkang ni dah makin ketara dari hari ke hari.  Risau runtuh je rumah ni sebab rumah ammi agak berbukit.