Makan Beradat Temenggung

Setiap tahun akan diadakan dinner untuk setiap rumah di sekolah Khilfi.  Begitulah life di boarding school.  They have their own tradition.  

Untuk rumah temenggung (rumah merah), tahun 2024 menyaksikan batch Superisme (form 2) yang akan jadi pelayan.  Chaiyokkkk anak-anak Superisme ammi.

Cikgu dah maklumkan awal pada anak yang terlibat.  Apa baju nak dipakai, tapi anak ammi ni senyap je.  Untuk dorm anak ammi, kita ada create satu group WhatsApp khas untuk mak-mak je.  Memang semua dalam group tu mak-mak temenggung sebab concept dorm asrama kebiasaannya mengikut warna rumah.  Masa dorang dok borak-borak ammi macam dah siap pesan "kalau hari Khamis Khilfi tak call naklah juga kirim kat dorang belikan.  Dorang siap beli dan hantar ke sekolah.  Yelah majoriti budak dalam dorm anak ammi budak-budak Melaka.  Yang maknya duduk sebelah taman pun ada.  Anak ammi?  Lagi 2 hari nak acara baru dia call.  

Bila tanya, macam mana baju semua "don't worry ammi, abang dah deal dengan senior".  Alhamdulillah, pandai juga anak ammi selesaikan masalah dan betullah instinct ammi bila ammi kata "pandailah dia nanti".

Dia pinjam vest dan black tie dari senior.  So moral of the story, berbuat baiklah pada semua.


Bolehlah menu tu.  Buat ghaso-ghaso attend dinner orang kata.


Dewan makan pun transform terus.  Auto cantik gitu.


Segak bergaya para pelayan Temenggung ni.  Khilfi pinjam vest PRS abang senior.  Tu yang tak pasal-pasal vest dia ada embroidery kiri dan kanan.  


Cikgu share gambar dan nampak muka anak sendiri.  Ahhhh gembira ammi.  Bukan senang nak nampak gambar budak ni dalam gambar.  Suka menyorok belakang-belakang.



Gigih ammi letak gambar dia serve kat group family belah abah.  Sebab kat dalam group tu ada 3 ex Mozac.


Tak sudah-sudah maklang dari haritu kata muka macam Adi Putra.  Jauh sangat tu maklang oooii.



Budak-budak baya ni jerawat memang bersepah-sepah ye.  Anak ammi ni dahlah malas basuh muka pakai pencuci muka.  Dah namanya pun anak lelakikan...asal boleh je.  Mandi pakai shampoo dari hujung rambut ke hujung kaki pun tiada masalah.  Tapi make sure ketiak jangan busuk ye.  Jangan lupa tenyeh deodoran.  Jangan bagi cikgu kelas korang pening migrain.

Tanya dia "so, macam mana perasaan jadi waiter?".

Dia jawab "mula-mula tu menggigil juga pegang tray and plates, takut jatuh je, but now rasa macam dah expert".  hahahah...baru pegang tray kecik.  Kalau kat hotel tu besar gedabak tray dia.  

Post a Comment

14 Comments

  1. At first, I thought khilfi yg blkg tu, rupanya yg depan sekali ye... Lain nmpk dia skrg. Dulu tembam² kan Ammi ...
    Abang this weekend ada dinner gak, katanya tema cartoon characters. Takde call aps, pandai² la :)

    ReplyDelete
  2. Bagus ada giliran jadi pelayan. Masing-masing boleh merasa dan belajar sesuatu.
    Pandai anak ammi selesaikan masalah sendiri, tak payah ammi susah payah fikir 👍🏽

    ReplyDelete
  3. pandai lah nak hidup tu...hihihi...insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Cantik pula meja tu ya. Dihias indah dah jadi macam majlis kahwin pun ya jugak.

    ReplyDelete
  5. wah..bagusnya aktiviti mcnie...suka2..
    btl2 bila dah remaja ni, kena tonyeh deodoran sokmo, minyak wangi hehehe..

    ReplyDelete
  6. Wah smart anak ammi.. Kemain ya mcm Adi putra hehehe

    ReplyDelete
  7. smart tu.. bagus pandai berdikari.. buat baik dgn semua org kannn... nice

    ReplyDelete
  8. Tandanya Khilfi dah besar. Dah pandai dah dia fikir sendiri nak selesaikannya. Good job! Orang baik ramai sayang. Adalah iras-iras sikit Adi Putra tu.

    ReplyDelete
  9. good exposure! dh semakin besar nanti sure lg hensem ur boy ni

    ReplyDelete
  10. Bagus juga aktiviti macam ni. Hebat nampak setup untuk dinner ni.

    ReplyDelete
  11. Mandi guna shampoo dari hujung rambut ke kaki, teringat time camping masa sekolah dulu, camping sekarang pun hehe. Memang ada iras Adi Putra.

    ReplyDelete
  12. ms ni belum nmpk mcm adi putra nnt tggu laa dah msk 20an😀

    ReplyDelete
  13. Baguuus juga acara sekolah nya yaaa. Ada acara dinner dan bergantian pula yg menjadi waiters . Mereka jadi belajar cara menjamu dan melayani tamu.

    ReplyDelete