Pagi tadi perut agak tidak selesa. Rasa sakit disebelah kanan bawah perut hingga ke pinggang. Rasa yang sangat tak selesa. Tapi tidaklah sakit macam masa kena gastrik haritu.
Cumanya ammi perasan sejak kena gastrik (mungkin masih ada saki baki gastrik dalam perut) ammi kerap rasa tak selesa perut. Sendawa macam ibu raksasa dah ni. Nasib baik ammi sorang-sorang kat office, jadi bila nak sendawa tu ammi lepaskan selepas-lepasnya, takde cover-cover. Biar lega.
Pagi tadi turun bus carilah breakfast dulu.
Ammi beli korean wrap dari gerai nasi ambeng haritu dan pastu buatlah air nescafe kat office. Guna jelah susu boss dalam peti ais tu, dah berbulan susu tu kat dalam peti ais. Siap ammi tuang dalam cawan lain dulu susunya nak test, elok ke tidak. Bila cium-cium satu bau pun tak keluar. Hidung pun bermasalah rupanya si Sharmila ni. Aduhaiii.
Makan ubat darah tinggi dan sebiji actifast. Eno tu jap lagilah kalau tak lega kita cari awak semula ye.
Esok ada appointment untuk kes darah tinggi ammi lepas sesi ambil darah haritu. Apa keputusan entahlah, dahlah kita bantai minum air lepas bangun. Pastu malam sebelum kononnya puasa tu kita dah bedal durian dalam 4 ulas. Ahaksss.
Ni pagi tadi boss pulak call kata dia tak dapat datang. Dia pun tak sihat. Demam sebenarnya boss ammi ni dari hari Isnin. Speedy recovery encik Boss. See you on Friday. So, Friday ni ammi kenalah datang kerja, pastu dari office terus shoot balik Melaka sebab malam tu anak buah ammi bersanding.
Marilah kita sihat dengan cepat ye Boss dan secretarynya.
7 Comments
shafakillah. take care yer
ReplyDeleteTake care. Moga result check darah elok stabil semuanya.
ReplyDeleteSemoga cepat sihat...bila sakit mcm ni biasanya terus anxiety pun muncul
ReplyDeleteget well soon Ammi, take care!
ReplyDeleteMoga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya, Ammi
ReplyDeletesekarang musim ramai yang kurang sihat....saya semimggu demam dan rehat memanjang
ReplyDeleteSemoga saat ini kak Ammi dah lebih membaik yaa 🤗🤗
ReplyDelete