Hari Sabtu lepas dikala kami lengkap berlima dirumah, kononnya naklah pergi berpicnic. Tapi tulah kita merancang tapi Allah berkehendak yang lain.
Kyra demam pulak. Cuti tapi tak sihat. Kesian anak ammi.
Pagi tu sebab Khilfi ada jadi ammi minta dia dan Ozil kemas di tepi rumah. Ada banyak stray cats kat belakang tu. Kadang-kadang ada yang tumpang tidur kat tepi rumah tu (tempat ammi letak basikal lamalah, periuk lamalah, tempayan arwah mamalah). Kadang-kadang ammi campak je kepala ikan or ayam kat belakang tingkap jadi mintalah anak-anak ni sapu bersih tulang-tulang tu bagai. Comel-comel je nampak kittens yang kadang-kadang tumpang berteduh. Geram tapi maaflah ammi dapat bagi makan je kat awak. Ammi nak bela awak bawak masuk dalam rumah ammi tak mampulah. Ramai dah anak bulu ammi.
Lepas kemas belakang abahnya ajak cuci porch pulak. Abah pun...tak kasi can langsung.
Dah dorang penat ammi pun masaklah lelaju sebab budak lelakikan. Tiba-tiba kang pukul 12 dah tanya, "boleh makan pukul berapa". Nak-nak yang terpaling bongsu tu.
Resepi Black Pepper Chicken
- Ayam (digoreng separuh masak)
- Lada hitam
- Sos tiram
- Cili kering (dipotong lebih kurang 2-3cm)
- Bawang merah, bawang putih
- Halia (hiris mancis)
- Daun bawang
- Minyak bijan
- Kicap cair (sikit)+ kicap pekat (sikit)
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
- Satukan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan. Nak tambah sos lada hitam pun boleh.
- Tumis bahan tumbuk dan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kering
- Masukkan sos yang disatukan, tambah air jika perlu.
- Masukkan ayam yang dah digoreng tadi
- Perasakan jika perlu (sebab bahan sos dah ada rasa)
- Taburkan daun bawang yang dipotong panjang.
- Selesai.
5 Comments
Time cuti tk sihat mmg xbest . Smoga cpt sembuh Kyra...ayam black pepper sedap tu..soup dumplings pn sodap tp dh xsihat tu xde slera la kyra
ReplyDeleteCepat sembuh ye Kyra.
ReplyDeleteSup tu sesuai untuk orang tak sihat
ReplyDeleteThank you resepnya kak Ammi... Saya lihat bentuknya, jadi ingat pula ayam kecap yg dulu saya sering beli dari mamak langganan saat kuliah di Penang . Nanti nak coba buat juga 😍😍
ReplyDeletesedap plak nampak sup tu ha...rasa nak buat and bawak pi kerja, termos sup akak dah jahanam plak...kena cari lain la...
ReplyDelete