One happy family.  Dulu masa sekolah rendah inilah card yang kita main lepas exam.

Minggu lepas masih minggu exam di sekolah Kyra.  Hari Rabu final paper which is Chemistry.  


Dapatlah satu gambar yang cikgu share masa paper Addmath.  Cari punya cari jumpalah dengan kesayangan kita.  Tunduklah...abah ammi tetap kenal anak kami.

Hari Khamis, sekitar jam 5 Kyra dah sampai Seremban.  Train delay sekejap di Gemas tapi oklah.  Taklah lewat mana pun dari jadual asal.  Ini kali kedua dia balik sendiri bersama kawan yang lain.  Kitorang parents ni memang belikan tiket anak di satu coach yang sama tak kira dorang turun di stesen mana sekalipun.

Balik rumah memang awal Kyra tidur malam tu.  Esok pun lepas Subuh dia tidur balik.  Memang qada' tidur betul.  Pagi sekitar jam 10 baru dia ke sekolah lama dia, jumpa cikgu untuk ambil keputusan periksa.  Nama dia dah tak ada dalam sistem, jadi memang kena berjumpa cikgulah nak tau result.  Lepas tu terus dia ke BSN.  Uruskan masalah pin kat ATM dia.  Mende yang error ntah tak boleh nak create pin.

Jumaat tengahari giliran Khilfi pulak sampai rumah.  Ammi pun naikkan dia bus je dari Melaka Sentral.  And berkumpullah kami dengan lengkap 5 beranak.


Tiba-tiba hari Jumaat petang tu dia start muntah-muntah.  Makan muntah, minum muntah.  Dari petang membawa ke malam.  Ammi bagi dia minum eno.  Kotlah angin ke apa.  Lebih kurang 7 kali juga dia muntah.   Ammi dah nak tidur dah masa tu dia masuk bilik "ammi, kakak muntah lagi".  Alahaiiii sayu je bunyi.  Sudahnya pukul 11 malam, marilah kita ke klinik.  Dapatlah jab satu.  Doctor siap kata "kalau kakak Kyra tak sihat lagi, nanti datang, doctor bagi MC".  

Hari Sabtu pagi tu, ehhhh dia demam pulak.  Baru plan nak picnic.  So, plan cancel.  Kita duduk ontok-ontok je kat rumah.  Seharian lembik anak dara ni.  Abah dah sebut "esok pagi kalau demam juga ambikkan MClah untuk dia.  Nanti saya hantar dia balik sendiri".

Tup-tup bangun pagi Ahad tu lepas Subuh dia dah ceria menyanyi-nyanyi.  Siap menari lagu Stray Kids dia lagi.  Tanya dia nak balik ke nak MC.  Nak balik katanya.  Dah jom pack barang.  ETS pukul 1.30pm.  Kental betul kamu ni nak...kalau ammi lembik benyek rasanya.  Perangai abah betul.


Khilfi patutnya abah ammi nak naikkan bus ke Melaka Sentral nanti disana biras akan jemput dan hantar ke sekolah.  Sekali plan tukar.  Ada sorang adik ipar kata dia kat Kajang.  On the way balik Melaka dia singgah jemput Khilfi.  Abah ammi masak regu pagi Ahad tu.  Kita jamu dulu orang-orang nak balik ni.  Jamu juga adik ipar dan family dia.

Dah semakin meninggi Khilfi.  Ni posing "demi lencana didada" katanya.

Ahad tu sepanjang hari hujan je kan.


ETS yang sepatutnya pukul 1.30 delay ke pukul 1.50pm.  Tapi pukul 2pm juga baru gerak dari stesen Seremban.  Sampai di Gemas sekitar jam 3pm.  Sempatlah bus ni bawak budak-budak ni shopping di pasaraya berhampiran.  Budak dan jajan kan memang berpisah tiada.

NYDP PIBG yang arrange pengangkutan anak dari SeSS ke KTM Gemas, dia yang tunggu hingga anak-anak selamat check-in.  Balik dari Gemas ke SeSS pun NYDP juga yang menunggu.  Terima kasih tak terhingga buat NYDP yang sangat-sangat membantu.  Memang dia follow je bus ni dari stesen hingga ke sekolah.  Alhamdulillah.

Harga bus ni sehala RM200.  Jadi kami bahagilah dengan parents yang lain.  Tambang bus dari SeSS ke Gemas hari Khamis haritu ditaja oleh seorang bapa pelajar.  Semoga Allah murahkan rezekinya.

Minggu ni kami kembali bertiga ditemani anak-anak bulu yang berempat itu.